@Pancing April 2021 | Page 15

“ Sungai Batang Lupar merupakan salah satu sungai yang unik dari segi arus pasangnya kerana ia mempunyai satu fenomena yang unik iaitu Fenomena Benak ( Tidal Bore ).”
Azizul berjaya menaikkkan
Apek .
Rasbinie dengan Apek saiz idaman !

SALAH satu kelebihan memancing udang Galah ialah ia boleh dilakukan sepanjang tahun . Ia tidak memerlukan musim-musim tertentu . Bagi saya , memancing udang ini dilakukan ketika tiada trip casting kerana sekitar kawasan saya , terdapat banyak lubuk-lubuk Apek yang berpotensi .

Jarak perjalanan juga singkat sekitar 20 ke 30 minit sahaja . Akses yang mudah ke lubuk-lubuk ini juga menyebabkan hobi memancing udang Galah ini sentiasa mempunyai peminatnya yang baharu saban hari . Ramai pemancing yang saya kenali bermula dari memancing udang Galah sehinggalah terjebak ke arena pancingan yang lain .
PERALATAN DAN UMPAN
Salah satu aspek yang paling penting untuk memburu Apek ialah peralatan dan umpan . Peralatan yang digunakan mungkin berbeza dengan lubuk-lubuk lain kerana diet udang
Port mancing kami di belakang rumah panjang Lau Kahui sahaja .
Galah di satu-satu tempat adalah berbeza dengan tempat yang lain .
Di Simanggang kami hanya fokus menebing sahaja dan bagi tujuan itu , joran panjang sekitar 5 kaki sesuai digunakan . Mainline jenis mono berkekuatan 10 ke 15lb adalah memadai . Perambut 5 ke 8lb juga jenis mono bergantung kepada lokasi pancingan dan keadaan struktur yang ada di dasar lubuk .
Tidak kumpau , Haidil bersama udang tangkapan beliau .
“ Sungai Batang Lupar merupakan salah satu sungai yang unik dari segi arus pasangnya kerana ia mempunyai satu fenomena yang unik iaitu Fenomena Benak ( Tidal Bore ).”
@ pancing | April 2021 | 15