nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4 (1) Nov. 2015 | Page 24
Nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4
Sebab mereka mendapat gelaran
Ulul Azmi
1. Sebagai pengiktirafan terhadap Keteguhan hati dan penderitaan yang dihadapi
ketika menjalankan dakwah mereka
2. Mereka tidak pernah berputus asa, malah sentiasa berdoa supaya Allah memberi
hidayah kepada kaumnya
3. Mereka memiliki keazaman dan keteguhan jiwa yang tinggi semasa berdakwah
SIFAT MUSTAHIL
SIFAT WAJIB
•Al-Kizb (Pendusta)
•Al-Khiyanah (Pecah Amanah)
•Al-Kitman (Menyembunyikan)
•Al-Baladah (Bodoh)
•As-Sidq (benar)
•Al-Amanah (Jujur)
•At-Tabligh (Menyampaikan)
•Al-Fatanah (Bijaksana)
SIFAT HARUS
• Bersifat seperti manusia biasa
yang tidak menjejaskan martabat
sebagai utusan Allah SWT.
Maksum adalah salah satu daripada sifat-sifat para rasul.
Maksum bermaksud rasul-rasul terpelihara daripada melakukan perkara kejahatan,
dosa dan perkara kurang sopan yang boleh merosakkan kehormatannya. Rasul juga
terpelihara daripada perkara cacat yang mengurangkan kemuliaan seseorang seperti
buta, tuli, bisu, gila atau lain-lain penyakit yang boleh merosakkan darjat kemuliaan
seorang rasul
Disediakan Oleh : En. Safaee b. Zakaria
23