nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4 (1) Nov. 2015 | Page 25
Nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4
Perkara luar biasa yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada para nabi dan rasul untuk
membuktikan kebenaran, kenabian dan kerasulan serta melemahkan musuh-musuh
mereka.
1.
2.
3.
4.
Membuktikan kebenaran para nabi dan rasul
Mengukuhkan keyakinan orang ramai
Membantu nabi dan rasul menjalankan tugas
Menunjukkan kekuasaan Allah SWT
IRHAS
Perkara luar biasa yang berlaku kepada orang yang bakal dilantik oleh Allah SWT
sebagai rasul. Contohnya Nabi Isa boleh bercakap semasa masih bayi
KARAMAH
Perkara luar biasa yang berlaku kepada manusia biasa yang tinggi darjatnya disisi
Allah SWT Contohnya Maryam ( ibu Nabi Isa ) dianugerahi hidangan dari langit
ketika beribadat
MA’UNAH
Perkara luar biasa yang berlaku kepada Umat Islam tanpa diusahakan untuk
dipelajarinya. Perkara tersebut berlaku hanya sekali sahaja. Contohnya seseorang
yang terlibat dalam kemalangan yang dahsyat, tetapi beliau tidak mengalami
kecederaan yang teruk
ISTIDRAJ
Perkara luar biasa yang berlaku kepada orang yang tidak taat atau derhaka kepada
Allah SWT untuk menyesatkannya lagi. Contohnya Qarun yang beroleh kekayaan
yang luar biasa telah beransur-ansur menjadi sombong dan kufur
SIHIR
Perkara luar biasa yang berlaku kepada seseorang dengan bantuan daripada syaitan
dan boleh dipelajari. Contohnya seseorang yang kebal dan tidak lut oleh sebarang
senjata.
Disediakan Oleh : En. Safaee b. Zakaria
24