nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4 (1) Nov. 2015 | Page 23

Nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4 PELAJARAN 2 KONSEP KERASULAN MAKSUD NABI DAN RASUL NABI : RASUL : Ialah manusia lelaki pilihan Allah SWT yang diberikan wahyu untuk dirinya dan tidak wajib disampaikan kepada orang lain. Ialah manusia lelaki yang dipilh oleh Allah SWT dari kalangan para nabi, diberikan wahyu untuk dirinya dan wajib disampaikan kepada umatnya. Rasul merupakan utusan Allah SWT kepada seluruh umat manusia, termasuk jin. PERBEZAAN ANTARA NABI DAN RASUL NABI RASUL Diberikan wahyu hanya untuk dirinya sendiri sahaja Diberikan wahyu untuk dirinya dan wajib disampaikan kepada orang lain Bilangannya terlalu ramai Bilangan rasul hanya 313 orang sahaja Seorang nabi tidak semestinya rasul Seorang rasul adalah juga seorang nabi Nabi tidak diturunkan kitab suci Menerima suhuf atau kitab suci untuk disampaikan kepada umatnya Umat Islam tidak diwajibkan mengetahui bilangan para nabi secara keseluruhannya Wajib mengetahui bilangan dan nama 25 orang rasul sahaja MAKSUD Ialah para rasul yang memiliki tahap kesabaran yang amat tinggi dalam menghadapi rintangan dan tentangan daripada umatnya ketika menyampaikan ajaran dan seruan kepada umatnya. Rasul yang bergelar Ulul Azmi : 1. Nabi Muhammad SAW 3. Nabi Musa a.s Disediakan Oleh : En. Safaee b. Zakaria 2. Nabi Nuh a.s 4. Nabi Ibrahim a.s. 5. Nabi Isa a.s 22