Menyuburkan Jawi sebagai Fard al-Kifayah Mar. 2015 | Page 5

Angkatan baharu, anak-anak muda yang lahir dari tahun 80-an dan ke atas, mereka yang kini berada dalam lingkungan usia 20-an ini mempunyai tenaga untuk menyemai dan membajai semula khazanah pohon ‘ilmu bangsa yang semakin layu. Mereka inilah yang berqudrat untuk menembus tanah dan mengetuai jalinan kesedaran mashārakat untuk kembali tumbuh pada ‘akar diri bangsa yang aṣalnya berdiri kukuh-tegap pada pandangan ‘ālam Islām. Mereka inilah yang paling wajar diperjelas dengan pandangan ‘ālam Islām yang thābit, terjalin kuat dan tersulam kemas dalam sejarah pemikiran bangsa. Ini perlu dilakukan untuk mempersediakan ‘ilmuwan-‘ilmuwan muda ini supaya dia tiba pada ma‘nā buah fikir ‘ulamā’ yang ḥaḍīrnya dalam pengalaman bangsa kita umpama bintang-bintang petunjuk yang menjadi pedoman pengembara. Guru-guru yang berwibawa, yang pada mereka terletak amanah ‘ilmu yang benar untuk diwarīthkan, akan membimbing mereka yang muda ini. Budaya ‘ilmu yang terjelma pada suasana berguru-bermurīd ini adalah penẓāhiran mata rantai ‘ilmu yang bersambung-sambung dalam ‘amalan pendidikan ummat Nabī Muḥammad (Ṣ). Bahkan, budaya ‘ilmu sebegini, bukan bermaqṣud tidak berlangsung di peringkat universiti, bahkan di peringkat inilah, para mahasiswa ini akan bermahaguru, dipimpin dan ditunjuk ajarkan untuk bersama-sama meneruskan gagasan pengislaman ‘ilmu, dalam membentengi pembaratan dan pengsekularannya. Dengan kekuatan bāṭin yang tersedia, 5