Menyuburkan Jawi sebagai Fard al-Kifayah Mar. 2015 | Page 4
Karangan #1
Menyuburkan Jawi Sebagai Fard al-Kifayah
Kita sedia ma‘lūm yang Jāwī berada dalam keadaan yang tidak segar – yang mana
karya-karya para ‘ilmuwan Jāwī yang kematangannya berusia lebih 600 tahun sudah
terjarak dengan angkatan baharu. Yang tinggal pada kutubkhanah bahasa kita adalah yang
semuanya bertulisan Rūmī, yang usianya tidak lebih dari 100 tahun pun. Di balik
peristiwa besar dalam sejarah bangsa kita ini, kita sudah sedia tahu, tidak lain tidak bukan,
ini adalah kerja-kerja pembaratan, penjajahan dan penawanan fikiran.
Untuk itu, satu rencana yang tersusun dan kemas perlu didahulukan supaya
pengamallaksanaannya
membuahkan
intisari
yang
manis
dan
bermanfa‘at
zamān-berzamān – bahkan mampu menyebarkan pula baka rendang ketamaddunannya
untuk bercambah-cambahan di merata pelosok ‘ālam. Sepertimana insān yang beradab
yang menurut jejak insān teragung, Nabī Muḥammad (Ṣ), yang mahu dilahirkan daripada
tujuan sebuah pendidikan –begitulah juga natijah insān Jāwī perlu diletakkan pada mercu
yang tertinggi dalam perjuangannya.
4