Koleksi Buku Karangan AUG 2014 | страница 7

satu perkataan yang kurang bagi melengkapkan peribahasa itu. dengan cepat Shalihin memekik ungkapan, “Berputih mata!” Dengan itu, Khadijah membaca kesemua ungkapan yang telah dapat dikumpulkan itu, “Biar putih tulang, jangan putih mata.’ Kami gembira kerana telah berjaya mengumpulkan kesemua perkataan yang dikehendaki. Kami pun bergegas ke pejabat guru. Malangnya, kumpulan Ali sudah berada di situ. Mereka juga menghasilkan peribahasa yang sama. Memandangkan mereka tiba dahulu, Cikgu Azmi telah memberikan tempat pertama kepada mereka. Ali mendekati kami lalu berkata, “Sebenarnya, kami mengikut kumpulan kamu dari belakang dan dapat semua petunjuk itu daripada kamu. Kami juga telah memadamkan lampu lalu menyebut perkataan ‘mata’ kerana kami sudah tahu peribahasa itu dan ingin berlaku adil. Maafkan kami, ya!” Setelah mendengar penjelasan Ali, kami faham dan memaafkannya. Yang penting bagi kami ialah kepuasan bekerja bersama kumpulan di mana kami dapat bertoleransi dan bersabar. 7