Koleksi Buku Karangan AUG 2014 | Page 8

HARI YANG MALANG Oleh Siti Nur Amirrah Bte Amir Sekolah Rendah Ahmad Ibrahim _____________________________________________________________________________ Zaida berasa menyesal kerana tidak menjaga anaknya, Farah semasa berlari-lari anak di Taman Jurong bersama suami dan seorang lagi anaknya, Maya pada tahun lalu. Suami Zaida, Ikram dapat merasakan kepedihan yang dirasainya isterinya. “Ibu, janganlah menangis. Jika ibu menangis, Maya pun akan turut menangis!” pujuk Maya kepada Zaida. “Jika bukan kerana ibu, adik kamu tidak akan mati!” jawab Zaida dengan penuh keharuan kepada Maya, anak sulungnya. Sejak keluarga Ikram kehilangan Farah setahun yang lalu, keluarganya tidak semeriah dahulu. Dahulu, Farah sering membuat keluarganya ketawa tetapi kini, api kegembiraan itu telah padam. “Zaida, usah menangis lagi. Tiada guna jika kamu menangis kerana Farah telah pergi buat selama-lamanya,” kata Ikram kepada isterinya. “Siapa kata saya menangis? Sudahlah. Mari makan! Saya sangat lapar!” jawab Zaida sambil mengetap bibir menahan perasaan sedihnya. Selepas makan, Zaida teringat kembali apa yang terjadi kepada Farah. lebar. “Ibu! Farah lagi pantas! Ha ha ha ha!” jerit Farah dengan senyumannya yang semakin “Farah! Hati-hati, dihadapan kamu ada batu!” Zaida mengingatkan dengan penuh cemas. Belum sempat Zaida menahannya, Farah telah tersandung lalu terjatuh dan kepalanya berlumuran darah. Pada masa itu, Ikram dan Maya sedang berbasikal. Farah dibawa ke hospital dengan segera. Seminggu kemudian, Farah didapati tidak bernafas. Zaida sangat menyesal dan di kalendernya tercatat yang hari itu adalah hari yang paling malang dalam hidupnya. “Zaida, apa yang telah pergi tidak akan kembali untuk selama-lamanya,” pujuk Ikram. Pada malam itu, Ikram melungsuri Internet untuk mencari seorang kaunselor. Sebelum dia mencari kaunselor, dia teringatakan kawan baiknya semasa di kolej dahulu, iaitu Dr Mail. Ikram menelefon Dr Mail pada keesokan harinya. Tanpa bayaran, Dr Mail menerima permintaan Ikram dengan ikhlasnya. “Ayah, sebulan telah berlalu dan Maya melihat ibu semakin pulih dan dia selalu ceria!” kata Maya dengan wajah yang berseri-seri. “Betul cakap kamu. Ayah berterima kasih kepada kawan ayah, Dr Mail,” jawab Ikram kepada anaknya. “Dr Mail, saya ingin ke kubur arwah anak saya, Farah,” pinta Zaida kepada Dr Mail. 8