TOLERANSI
Oleh Nauman Adiel
Sekolah Rendah Ahmad Ibrahim
___________________________________________________________________________
Suatu peribahasa yang mengandungi enam perkataan dan tiga puluh enam huruf.
Kami cuma diberikan lapan jam untuk menyelesaikan peribahasa ini. Kami harus pergi ke
enam buah tempat yang terdapat di dalam sekolah. Cikgu Azmi berkata bahawa kami akan
diberikan soalan apabila tiba di tempat-tempat yang disebutkan tadi. Sekiranya kami berjaya
menjawab soalan-soalan yang diajukan, kami akan mendapat potongan perkataan yang
berkaitan dengan peribahasa itu.
Aku, Hafiz, Shalihin, Siti dan Khatijah berada dalam kumpulan yang sama. Kami
bersetuju untuk pergi ke kantin dahulu. Setibanya di sana, kami melihat Mak Cik Laila
sedang duduk di bangku. Kami pun mendekatinya dan mendapati dia sedang memegang
sehelai kertas yang bertulis, “Di dalam kantin, ada banyak meja, satu perkataan ada di
b