KHAYALAN ATAU KENYATAAN
Oleh Nur Firzanah Bte Noorul Haq
Sekolah Rendah Admiralty
_____________________________________________________________________________
Malam yang kian larut tidak mengizinkan aku melelapkan mata. Aku berjalan ke arah
tingkap bilik yang terbuka. Angin malam yang berhembus nyaman menenangkan jiwaku. Bunyi
cengkerik yang nyaring memecah kesunyian malam.
Ketenangan itu tidak lama kerana angin yang lembut tiba-tiba menjadi keras dan kencang.
Langit menjadi gelap kerana bulan bagai disembunyikan awan hitam. Ada tanda-tanda hujan
lebat akan menikami bumi. Belum sempat aku menutup tingkap, ada suatu bunyi pelik tertampan
di gegendang telingaku. Alangkah terkejutnya aku apabila terlihat sekitar kawasan rumahku
sudah bertukar menjadi sebuah tanah perkuburan.
Mataku terpaku pada suatu bayang-bayang hitam. Ada sejalur cahaya di mata lembaga itu.
Semakin dekat bayang-bayang itu, semakin kuat bunyinya. Seluruh tubuhku menggeletar.
Meremang bulu romaku. Aku cuba berteriak tetapi terasa suaraku tersangkut di tekak.
“Aahh!” aku menjerit dengan mata terpejam erat-erat. Jelas suara kerasku tidak keluar.
Masih tersendat di tekak. Aku hairan, kerana bunyi yang kuat itu tidak lagi kedengaran. Tiba-tiba
aku tersentak kerana ada lembaga-lembaga putih pula mendekatiku.Aku cuba melarikan diri
tetapi malangnya kakiku tidak dapat bergerak. Ada suatu kuasa yang menghalang aku berbuat
begitu.
Aku memberanikan diri, mengumpulkan tenaga.
“Tolong! Tolong!” jeritku sekuat hati. Kali ini sama seperti tadi. Suara jeritan itu hanya
bergema dalam diri. Tiada sesiapa yang dapat mendengar. Apatah lagi datang untuk menolong.
Lembaga-lembaga itu semakin berani dan semakin dekat mendekatiku. Seluruh tubuhku
benar-benar terasa lemah dan menggeletar ketakutan. Aku tidak berputuas asa. Aku cuba lagi
menjerit meminta tolong. Di tengah-tengah keadaan yang mencemaskan, ada sesuatu
menggoncang bahuku dari arah belakang.
“Fir, kenapa dengan kamu?” pekik ibuku dengan penuh cemas.
Aku membuka mataku perlahan-lahan. Berbinar-binar penglihatanku. Agak lama
baharulah penglihatanku kembali seperti biasa dan dapat melihat dengan jelas. Tiada lagi
lembaga-lembaga putih yang seperti terapung-rapung di sekelilingku.
“Hairan! Ke manakah perginya lembaga-lembaga itu?” tanyaku dalam hati sendirian.
Seluruh tubuhku berpeluh walaupun cuaca pada malam larut itu sejuk sekali.
Ibu tercengang seketika, menanti jawapanku.
5