Tiba masa keputusan untuk ke peringkat seterusnya diumumkan. Dadaku berdebar-debar.
Masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Namaku diumumkan untuk ke peringkat seterusnya. Aku
memanjatkan kesyukuran. Ahli-ahli keluargaku juga disuntik jarum kebanggaan.
Beberapa pusingan telah dijalankan pada setiap minggu. Setiap peringkat aku tidak
pernah tewas. Aku mara hingga ke peringkat akhir. Semua ahli keluargaku, saudara-mara dan
sahabat-handai memberi kata-kata perangsang. Aku berlatih vokal dengan bersungguh-sungguh.
Kakak dan abang-abangku membantu aku berlatih vokal. Memang cita-citaku untuk menjadi
seorang penyanyi.
Pejam celik, pejam celik, peringkat akhir akan bermula sebentar sahaja lagi. Aku berasa
gementar. Namun, rasa gementar hilang bila kulihat ramai penyokong bersorak memberikan
galakan yang melangit.
Lagu yang aku sampaikan bertajuk ‘Kosong’. Aku menyampaika