Koleksi Buku Karangan AUG 2014 | Page 44

PESAN Oleh Wardina Khalida Binti Abdul Whalid Sekolah Perempuan Sultan Ibrahim, Johor Bahru ___________________________________________________________________________ Matahari mula memancar terik. Waktu pagi sudah hendak beralih dan tengah hari pula akan menjenguk. “Irfan, cukuplah setakat ini untuk hari ini,” suara Pak Kassim kedengaran. Irfan yang sedang tekun menaburkan baja pada tanaman mengangkat kepala. “Sudah cukupkah, ayah?” Pak Kassim mengangguk.Dia melangkah sambil memikul cangkul ke sebatang pokok besar. Saban minggu, dia dan anaknya Irfan mengusahakan cucuk tanam di kawasan ini. Inilah satu-satunya hasil pencarian yang dia ada untuk menyara kehidupannya dan Irfan, di samping tugasnya sebagai imam Kampung Melayu. Irfan menepuk kedua-kedua telapak tangannya bagi menyisihkan baja yang melekat.Dia kemudian bergerak mengikuti langkah bapanya. Ayah dan anak itu duduk di bawah pokok besar di hadapan kebun tanaman mereka. Pak Kassim duduk bersila manakala Irfan duduk mencangkung. Mereka memandang hasil tangan mereka.Ada beberapa jenis sayur di kebun itu. “Tak lama lagi sekolah hendak dibuka ayah,” Irfan berkata,sambil mengesat peluhnya dengan sehelai tuala kecil. “Ayah masih boleh menampung perbelanjaan sekolah Irfan?” Pak Kassim memandang anaknya.”Insya-Allah.Boleh.” “Tapi apabila masuk darjah enam nanti, perlu guna banyak duit.Kena bayar yuran kelas tambahan yang cikgu buat dan kena beli banyak buku kerja.Cikgu ada pesan sebelum tutup sekolah tempoh hari,katanya murid kena sediakan juga duit untuk bayar segala latihan yang cikgu fotostatkan . Lepas itu, sesiapa yang hendak turut serta seminar UPSR pun akan dikenakan bayaran juga. Ada yang dibuat oleh pihak sekolah dan ada yang dibuat oleh pihak luar.Kalau yang dianjurkan oleh pihak luar, bayarannya lebih mahal,” jelas Irfan panjang lebar. Pak Kassim senyap. Ada jarum keharuan menyuntik ke dalam hatinya. Terasa pedih kerana anaknya begitu prihatin akan perbelanjaan hidup mereka sekeluarga. Dia mengambil perhatian berkenaan perbelanjaan hanya mengharapkan ibu bapa membereskannya. Bertuah sungguh dirinya, fikir Pak Kassim. Anaknya Irfan ternyata mengambil kira semua itu kerana turut memikirkan beban yang ditanggungnya. “Macam mana,ayah?” “Rezeki daripada Allah,Irfan. Kita berusaha mencarinya. Insya-Allah, Allah akan memberinya. Kamu belajar untuk pandai,hendak menyumbangkan jasa p YH