Koleksi Buku Karangan AUG 2014 | Page 43

TERPISAH Oleh Syahirah Afiqah Binte Sulaiman Sekolah Rendah Rulang ___________________________________________________________________________ Sudah setengah jam Dini merenung kedua-dua orang yang duduk hanya beberapa baris di hadapannya. Haruskah dia menyapa mereka? Dini terkenang peristiwa perit yang berlaku pada tahun 2005.... “Lari! Lari! Lari!... Air semakin naik!” Kedengaran pekikan daripada orang ramai. Pada waktu itu, Dini dan keluarganya sedang bersantai di sebuah pusat peranginan terkenal di Phuket, yang terletak di pesisiran pantai. Suasana di pantai menjadi hiruk pikuk. Keluarga Dini panik. Mereka ternampak ombak setinggi lima tingkat. Tiba-tiba, dunia Dini diselimuti kegelapan. Dini dan keluarganya adalah antara ribuan mangsa bencana tsunami dan telah dirawat di Hospital Antarabangsa Phuket. Dini tidak tahu di mana adik-beradiknya atau orang tuanya berada. Tiba-tiba Dini ternampak cahaya yang amat terang. Dia membuka kelopak matanya dan sedar yang dia berada di dalam hospital. Berbagai persoalan yang ingin dia utarakan kepada doktor yang merawatnya. Adakah keluarganya selamat? Di manakah mereka? Dini dapat merasakan sesuatu yang tidak kena. Doktor pun memberitahu Dini tentang ibu bapanya. Mereka tidak dapat diselamatkan. Mujur adik beradiknya terselamat. Air mata mengalir bak mutiara dari mata Dini, tetapi dia tetap gembira kerana adikadiknya tidak cedera. Dini tidak dapat menaiki pesawat yang sama dengan adik-beradiknya apabila mereka dihantar balik ke Singapura. Dini dihantar ke rumah tumpangan anak-anak yatim piatu Darul Maa’wa tetapi adik beradiknya dihantar ke rumah anak-anak yatim piatu Sinar Harapan. Kehidupan di situ tidak sama seperti dahulu. Katil di situ katil kecil tetapi di rumahnya dahulu, katilnya besar. “Eeeeeeeeeekkk!” bunyi brek bas yang kuat mengejutkan Dini dari lamunannya. Dua orang yang duduk beberapa baris di hadapannya bangun kerana hendak keluar. Dini pun turut bangun dan mengikut mereka. Setelah keluar dari bas, Dini menepuk bahu perempuan yang diikutinya itu. Dini memberitahu mereka bahawa mereka bertiga adalah adik beradik. Adikadiknya tidak mengenali Dini kerana dia sekarang sudah berhijab dan mukanya pula berparut akibat kecederaan semasa dilanda tsunami di Phuket. Setelah mendengar penjelasan Dini, mereka saling berpelukan dan menangis kegembiraan. Akhirnya mereka bahagia sebagai satu keluarga semula setelah lama terpisah. 43