SAHABAT
Oleh Yuhanna M Isham
Sekolah Rendah Perempuan Methodist Paya Lebar
_____________________________________________________________________________
“Awak yang dipilih cikgu?” tanya Saiful dengan rasa tidak percaya.
Mana mungkin kawannya yang bernama Johan boleh dipilih untuk menjadi kapten bola
sepak untuk sekolahnya? Hatinya hancur bagai kaca terhempas ke batu. Lidahnya kelu. Dengan
perasaan kecewa, Saiful memberikan alasan untuk pulang awal dan tidak akan belajar bersama
pada hari itu.
Kedua-duanya ada bakat bermain dengan baik. Dalam diam, Saiful ada hati untuk
menjadi kapten bola sepak tahun itu. Dia berasa sangat iri hati. Selepas hari itu, dia sering
memberikan alasan untuk tidak pergi berlatih bola sepak. Guru bola sepaknya, Encik Lee, rasa
ada sesuatu yang tidak kena.
Pada suatu hari, apabila pasukan bola sepak mereka sudah berkumpul, Encik Lee
memberitahu mereka bahawa mereka akan menyertai perlawanan bola sepak dengan pasukan
yang paling hebat pada hari Jumaat yang akan datang. Encik Lee terlihat Johan dan Saiful tidak
bersemangat seperti dahulu. Pasukan bola sepak mereka disengat kebimbangan. Mereka tidak
pernah menang apabila beradu dengan sekolah itu.
“Cikgu, bolehkah Saiful yang menjadi kapten semasa perlawanan itu?” tanya Johan.
Encik Lee menjawab, “Saya memilih kamu kerana kamu baik hati dan kamu murid
contoh dalam pasukan ini.”
Johan mengeluh kerana dia tidak mahu Saiful bersedih. Apabila semua pelajar balik ke
rumah, Encik Lee menyuruh mereka berjumpa dengannya. Dia menyuruh mereka bekerjasama
kerana sifat bertolak ansur boleh membuat mereka bermain bola sepak dengan lebih baik.
Apabila Saiful berada di rumah, dia berfikir panjang tentang nasihat Encik Lee. Dia berasa
menyesal.
Pada hari perlawanan, Saiful meminta maaf kepada Johan. Johan memaafkannya dan
mereka bersedia untuk perlawanan bola sepak tersebut. Mereka berasa sedikit gementar. Selepas
beberapa minit, mereka dan ahli-ahli pasukan yang lain berada di sekolah lawan mereka. Mereka
melakukan senaman ringan sebelum keluar ke padang yang amat besar.
“Piiiiiiiiiiiiiip!” Perlawanan pun bermula. Johan menendang bola kepada Saiful
yang berdekatan. Saiful berlari bersama bola ke gol. Mendengar Johan menyorak untuknya,
Saiful menendang bola ke dalam gol.
“Gol!” pekik Saiful dan kawan-kawannya penuh kesukaan. Johan juga bersyukur yang
mereka dapat menewaskan pasukan yang hebat itu.
Sejak hari itu, Saiful dan Johan lebih akrab. Encik Lee berasa gembira kerana mereka
bukan sahaja merupakan pemain bola sepak yang baik, malahan menjadi contoh untuk diteladani
akan erti sebuah persahabatan yang baik.
40