”Kawan kamu, Ellissa, beritahu nenek yang kamu ada di sini. Nenek minta maaf, Dini.
Nenek tidak berniat untuk menipukamu. Ini semua untuk kebaikan kamu, Dini,” kata nenek Dini.
Terasa bersalah. Dini pun keliru dengan masalah keluarganya. Dia keluar dari rumah ibunya.
”Dini, maafkan nenek, nak!” kata nenek Dini sambil mengejar Dini. Puan Diana tidak tahu
apa yang harus dilakukannya ketika itu. Puan Diana menangis. Encik Mokhtar berasa sangat
menyesal dengan apa yang berlaku. Aku mengikut Dini dan neneknya.
Semasa nenek Dini mengejar Dini, nenek Dini tersandung seketul batu berhampiran
dengan taman permainan. Dia tersungkur lalu mengerang kesakitan sambil mengurut-urut kaki
kanannya. Dengan segera, aku pun menelefon ambulans. Aku dan Dini bimbang. Dini menyesal.
Keluarga Dini sekarang sudah menjadi kelam-kabut.
Beberapa minit sudah berlalu. Ambulans pun sudah sampai. Dini menangis hingga air
matanya menitis-nitis ke badan neneknya. “Dini, nenek minta maaf. Nenek lakukan ini semua
untuk kebaikan kamu,” kata nenek dengan sayu. Nenek Dini mula menceritakan perkara yang
sebenar.
Dini ketika itu masih kecil lagi. Keadaan keluarga Dini terutama sekali hubungan antara
Puan Diana dan nenek tidak begitu baik.Mereka tidak bersefahaman. Ketika ibu bapanya harus
bertugas di luar negara, mereka tidak membawa Dini bersama mereka. Itulah sebabnya nenek Dini
telah bertindak dengan membawa Dini tinggal bersamanya.
Aku pun menasihati Dini agar tabah dalam menghadapi cabaran. Kini, nenek Dini pun
telah sembuh. Kelurga Dini pun sudah berbaik-baik semula. Sekarang, Dini mula terima hakikat
yang Puan Diana dan Encik Mokhtar ialah ibu bapa kandungnya.
Aku sedar betapa susahnya Dini ditinggalkan oleh ibu bapa kandungnya sendiri. Aku
sekarang sudah akrab dengan keluarga Dini. Kini, ketabahan dan kematangan Dini bagai
memberikan suatu pengajaran bagiku. Rugi kalau tidak memberikan kasih sayang kepada keduadua orang tua kita.
39