ANAK IBU
Oleh Nur Suhailah Bte Ismail
Sekolah Rendah Naval Base
______________________________________________________________________________
Sudah setengah jam Dini merenung muka kedua-dua orang yang duduk beberapa baris di
hadapannya. Haruskah dia menyapa mereka? Dini rasa dia kenal akan mereka berdua. Aku hairan.
Kami berdua sedang menaiki bas dan dalam perjalanan pulang dari sekolah.Adakah Dini benarbenar kenal dengan orang-orang itu? Dua orang itu pun menekan butang loceng. Mereka hendak
turun di hentian bas itu, menyebabkan Dini digomoli kesedihan.
Apabila bas hampir berhenti, Dini menarik tanganku lalu bergegas ke pintu bas. Bas itu
sudah pun berhenti. Aku dan Dini serentak keluar bersama kedua-dua orang itu. Aku melihat
kedua-dua orang itu seperti suami isteri. Dini pun mengekori mereka sampai ke Blok 620.
“Macam kenal sahaja blok ini?” kata Dini kepadaku.
Aku bingung. Dini terus mengekori mereka menaiki lif, berpura-pura berlagak seperti
jiran yang tinggal di tingkat sebelas. Dini pun berbual-bual dengan sepasang suami isteri itu.
Sementara itu, aku pun menelefon nenek Dini dan berbisik-bisik, untuk memberitahu di mana aku
dan Dini berada kerana aku mengkhuatiri Dini yang mendekati orang yang tidak dikenali.
Mereka pun menjemput aku dan Dini pergi ke rumah mereka. Dini ingin menyiasat siapa mereka
sebenarnya? Aku dan Dini pun segan-segan memasuki rumah suami isteri itu. Dini bertanya,
“Puan, dahulu puan ada anak perempuan?”
”Kenapa kamu tanya?”tanya wanita itu.
Dini pun bertanya nama suami isteri kerana masih belum mengenali nama mereka.Nama
mereka ialah Encik Mokhtar dan Puan Diana.
“Ya,saya mempunyai anak perempuan. Gambar yang di situ memang anak saya tetapi ibu
saya telah mengambilnya daripada saya,” kata Puan Diana dengan suara yang sayu.
Dini pun betanya lagi,” Siapakah nama ibu puan?”
“Namanya Mashitah,” kata Puan Diana.
Aku dan Dini terkejut. Gambar di sebelah gambar anak Puan Diana serupa dengan nenek
Dini, Mashitah. Dini pun berkata, “Ibu, saya anak ibu, cucu kepada Mashitah.” Wajah Puan
Diana tampak terkejut. Dia tergamam sebentar.
“Sudah sepuluh tahun ibu menanti anak ibu sejak kehilangan kamu semasa kamu lima
tahun,” kata Puan Diana.
Tiba-tiba bunyi loceng di depan pintu. Puan Diana membukanya. Nenek Dini yang
menekan butang loceng. Dini terperanjat.
“Bagaimanakah nenek tahu saya di sini?” tanya Dini.
38