Koleksi Buku Karangan AUG 2014 | Page 37

bertungkus-lumus menyediakan hos air untuk memadamkan kebakaran. Seorang guru menghalang Saiful daripada menghampiri kawasan kebakaran. Tiba-tiba, Saiful terlihat Ali keluar dari makmal Sains. Dia sedang memapah seorang guru Sains, yang kelihatan sangat lemah. Baju seragam Ali hitam legam dek terkena asap hitam itu. Darah mengalir keluar dari kakinya. Seorang ahli bomba terus membantu mereka. Saiful terkejut melihat Ali menolong guru itu tanpa memikirkan keselamatan dirinya sendiri. Dia berasa malu kerana menghina dan bersangka buruk terhadap Ali. “Saiful! Apa kamu buat di sini! Saya mengarahkan kamu untuk membantu saya, bukan?" jerit Cikgu Rozana yang kelihatan sangat marah. Saiful terus meminta maaf kepada gurunya. Dia memberitahu Cikgu Rozana apa yang terjadi. Cikgu Rozana lega mengetahui bahawa semua muridnya selamat. Dia juga memuji Ali kerana telah menyelamatkan nyawa seorang guru. “Saiful, walaupun Ali tidaklah sepandai kamu, dia sangat baik hati. Lagipun, dia tidak pernah pergi bercuti ke luar negara. Apatah lagi di dalam negara sendiri sebelum ini kerana keluarganya tidak bekemampuan. Oleh sebab itu, saya telah memilih Ali untuk mengikut serta rombongan darmawisata ke Jepun,” jelas Cikgu Rozana. Kali ini, Saiful bersetuju dengan pilihan Cikgu Rozana. Dia sedar kini bahawa setiap orang mempunyai keistimewaan mereka yang tersendiri. Dia berasa gembira kerana kawannya, Ali berhati emas. 37