DIA ISTIMEWA
Oleh Priyanka Menon
Sekolah Rendah Pempuan Methodist
___________________________________________________________________________
“Awak yang dipilih cikgu?” tanya Saiful tidak percaya. Mana mungkin Ali di pilih oleh
Cikgu Rozana untuk mengikuti rombongan darmawisata ke Jepun pada cuti sekolah? Dia tidak
pandai. Lembab betul orangnya. Dia memang berat mulut. Jarang sekali dapat dengar Ali
berbual atau memberikan pendapat semasa kerja berkumpulan.
“Saya mesti bercakap dengan cikgu tentang hal ini!” Saiful berbisik sendirian. Perasaan
cemburu membuak-buak di dalam hatinya kerana dia sendiri tidak terpilih! Dia berlari keluar
dari kelasnya tatkala melihat kelibat Cikgu Rozana.
“Cikgu! Cikgu Rozana!” jeritSaiful.
“Eh! Saiful! Apa yang kamu buat di sini?" tanya Cikgu Rozana.
“Saya ingin bertanyakan tentang sesuatu perkara. Kenapa saya tidak dipilih untuk ke
Jepun, cikgu? Kenapa pula Ali yang dipilih? Dia tidak pandai dan dia sangat lembab!” Saiful
memuntahkan rasa tidak puas hatinya kepada guru kelasnya.
“Saiful, saya memilih Ali kerana…”
“Ring!”
“Murid-murid, ada kecemasan di makmal Sains 2. Semua murid dikehendaki
berkumpul di padang sekolah dengan segera. Jangan gunakan tangga F dan B. Terima kasih!"
suara pengetua sekolah kedengaran di alat pembesar suara.
"Alamak! Saiful! Cepat! Kita mesti pergi kepadang sekolah sekarang. Makmal Sains 2
sangat dekat dengan kelas ini!" jerit Cikgu Rozana cemas.
“Ya, Cikgu!” jawab Saiful.
Mereka berlari ke padang sekolah dengan pantas. Di situ, mata mereka mencari-cari
murid-murid sedarjah yang lain.
“Cikgu! Di situ kelas kita,” tunjuk Saiful. Mereka berdua terus bergegas ke situ.
“Saiful, tolong cikgu kira jumlah murid untuk memastikan semua murid sudah berada
di sini. Selepas itu, kamu beritahu saya. Boleh?” tanya Cikgu Rozana.
“Boleh, cikgu,” jawab Saiful.
“Satu, dua, tiga, empat…” Saiful mula mengira. Dalam keadaan yang penuh cemas itu,
dia benar-benar terlupa tentang hal lawatan ke Jepun. Saiful terperanjat apabila dia menyedari
bahawa terdapat seorang murid yang tidak ada di situ. Murid itu ialah Ali!
“Mungkin dia terperangkap dalam kebakaran!” hati Saiful berdegup kencang. Dia terus
berlari ke arah makmal Sains 2. Apabila dia menghampiri makmal itu, dia terlihat asap hitam
yang tebal dan berkepul-kepul keluar dari makmal Sains. Terdapat sepasukan ahli bomba yang
36