Koleksi Buku Karangan AUG 2014 | Page 41

TIADA MAAF BAGIKU Oleh Nur Hamizah Binte Iskandaria Sekolah Rendah Peiying __________________________________________________________________________ Air mataku berlinangan membasahi pipiku sambil aku menatap gambar ibuku yang telah berpulang satu minggu yang lalu. Ibu meninggalkan dunia fana ini gara-gara perbuatanku. Walaupun kejadian itu sudah lama berlaku tetapi api kenangannya tetap bernyala dalam ingatanku. Haruskah aku berasa kesal? Langit pada hari itu sangat cerah, sementara awan nipis berarak begitu perlahan di dada langit.Orang ramai yang sedang berehat sambil menikmati udara yang sejuk. Tetapi aku sedang berkelahi di rumah. “Sha, kenapa kamu buat sema kerja bodoh ini!?” ibu menjerit kepadaku. “Sumpah mak! Saya tak buat. Saya diperangkap, mak. Percayalah, mak,” rayuku. “Kalau kamu hendakkan sesuatu, minta! Jangan mencuri! Jangan memalukan ibu dan ayah. Sekarang ini kamu sudah menconteng arang ke muka kami. Kamu masih mahu menafikannya?” ibu benar-benar menyinga. Ibu tidak tahu cerita yang sebenarnya. Sewaktu kami berkelahi di rumah, kami baru sahaja balik dari sekolahku. Ibu dipanggil untuk datang ke sekolah. Sebenarnya, sewaktu aku sedang membuat tugasan di kelas yang diberikan Cikgu Bedah, Sharif meminta pertolonganku. Aku tidak suka kepada Sharif kerana kelakuannya yang biadab itu.Tetapi kesedihan yang tercermin di wajahnya ketika itu membuatkan aku kasihan kepadanya, lantas membantunya. Dia memintaku menyimpankan telefon bimbit yang berwarna hitam. Dia mengatakan bahawa telefon bimbit itu miliknya sewaktu dia hendak ke tandas. Aku yang bodoh ini pun bersetuju tanpa bertanyakan dengan lebih lanjut. Sedikit pun tidak terlintas dalam fikiranku bahawa dia boleh membawa telefon bimbit ke sekolah. Tiba-tiba, Cikgu Sharifah salah seorang guru Bahasa Melayu datang lau mengumumkan bahawa beliau akan memeriksa beg kami. Salah seorang pelajar telah membuat laporan bahawa telefon bimbit yang baharu dibelinya telah hilang. Tanpa berfikir panjang, aku pun mengeluarkan benda-benda yang terdapat di dalam begku sambil Cikgu Bedah dan mangsa kecurian telefon bimbit itu memerhatikan. “Cikgu, inilah telefon bimbit saya. Pencuri!” pelajar itu membentak dengan pandangan yang tajam ke mukaku “Tapi ini telefon bimbit Sharif. Dia yang meminta saya simpankan”, aku cuba menjelaskan. Sharif masih belum lagi tiba. Selepas ditanya, dia menafikan segala-galanya. Aku yang dipersalahkan. Aku juga difitnah oleh seseorang lelaki yang tidak bertanggungjawab. Kejadian itu memberikan aku satu pengajaran supaya lebih berhati-hati. Aku tidak betah lagi tomahantomahan yang dilemparkan ibu. 41