SEBUAH KENANGAN MANIS
Oleh Mirrah Amirah Binte Hazman
Sekolah Rendah Loyang
“Ring! Ring! Ring!” jam loceng saya bagaikan menjerit, memecah kebeningan pagi.
Dengan mata yang masih terpejam, saya meraba-raba jam loceng di atas meja kecil, lalu
mematikan loceng bulat berkaki dua itu. Tahulah saya waktu itu adalah 5.30 lagi kerana saya
telah mengunci waktu bunyinya sebelum saya masuk tidur lapan jam yang lalu. Perlahan-lahan
saya bangun duduk. Kemudian baru beredar dengan cepat dari katil saya lalu mendapatkan
adik saya di biliknya.
“Luqman! Kamu tidak sekolah!” tanyaku. Biliknya saya kemas.
“Semalam, ketika kakak sedang tidur, ibu berkata kepada saya yang kita tidak akan
pergi ke sekolah kerana ayah hendak menghabiskan masa dengan kita,” jawab Luqman.
“Tetapi kakak belum menghabiskan kerja sekolah,” kata saya kepada Luqman.
“Tidak mengapalah. Bila kakak balik nanti kita habiskanlah,” kata Luqman sambil
menyimpan buku teks Mekar 5A ke dalam beg sekolahnya.
“Tapi kakak tidak ada kasut sukan,” kata saya kepada Luqman dengan ghairah.
“Tidak mengapalah kakak, selipar pun boleh,” kata Luqman..
Tidak lama kemudian, ayah dan ibu masuk ke dalam bilik Luqman lalu mencelah
perbualan kami, “Kamu berdua cepat mandi. Ibu dan ayah hendak membawa kamu berdua ke
Universal Studio Singapura!”
“Tapi ibu...,” kata saya sambil mengemas buku-buku ke dalam beg sekolah.
“Mira,cepat siap, ayah tidak ada cuti lagi selepas ini. Esok ayah akan kembali bertugas
di Dubai,” kata ibu sambil mengenakan topi yang dibelinya di Bangkok dua bulan yang lalu.
Sementara itu saya dan Luqman berasa sungguh ghairah lalu mandi dan bersiap untuk ke sana.
Empat puluh lima minit kemudian, kami sampai di sana. Kami bagaikan disambut oleh
pemandangan yang sangat cantik di sana. Walaupun hari itu adalah hari sekolah, ada banyak
pelancong berkunjung ke situ. Kami bagai tenggelam dalam sungai permainan di Universal
Studio Singapura yang sangat besar itu.
Ada pelbagai watak kartun kegemaran kami di sana. Watak kegemaran saya ialah
‘Woody Woodpecker’. Watak kartun ini amat comel dan melucukan.Saya seronok menonton
cerita 4D ‘Shrek’. Ketika saya sedang berlegar-legar di ruang pertunjukan itu, tiba-tiba seorang
pemuda Jepun terpijak selipar kanan saya. Saya menjerit tetapi apabila saya terpandang
wajahnya yang kacak saya tersenyum malu.
“Alamak!” saya berkata kepada Luqman. Ibu dan ayah telah jauh di hadapan.
“Tidak pakai alas kaki pun tak mengapalah, kak,” kata Luqman sambil tertawa kecil.
30