Koleksi Buku Karangan AUG 2014 | Page 31

Saya meneruskan lawatan saya di Universal Studio itu dengan berkaki ayam. Selepas itu, kami makan di sebuah restoran bernama ‘Madagascar’. Restoran itu menghidangkan makanan yang menyelerakan. Apabila kami keluar dari restoran itu, kami ternampak empat ekor penguin sedang menari-nari. Burung besar yang menggunakan sayap untuk menyelam dan berenang itu sangat comel. Selepas itu, kami pergi ke bahagian ‘Egyptian City’ untuk membeli tanda mata. Bahagian itu tidak kurang pengunjungnya. Apabila saya keluar dari kedai tanda mata, ibu, ayah dan Luqman sedang bergegas ke stesen lain. Cuaca mendung. “Ibu, ibu di mana? Tolong belikan saya selipar, saya berkaki ayam ni,” kata saya sambil merayu di telefon bimbit. Ibu tersenyum lalu bertanya hairan, “Di mana selipar kamu?” “Tali selipar sudah terputus!” jawab saya, tanpa disedari air mata mengalir di pipi, “Menangis pula budak ini,’ kata ibu. “Sudahlah, jangan menangis. Buruk rupa kalau anak dara macam kamu menangis.” Tiba-tiba pemuda Jepun yang terpijak selipar ternampak saya berjalan ke arah saya. Dia mendekati saya sambil tersenyum. “Kenapa lelaki kacak ini datang ke arah saya?” kata saya di dalam hati saya sambil mengesat air mata yang hampir kering. Lelaki Jepun itu menunjukkan sesuatu ke arah saya. Di sebelahnya ada seorang wanita yang memakai baju yang cantik dan mengenakan sepasang cermin mata yang besar. Dia berbau wangi dan membawa sebuah beg yang berjenama. Dia bermekap tebal. “Don’t worry, this is for you!” kata pemuda Jepun sambil menghulurkan selipar baharu itu kepada saya. Saya mengambil sepasang selipar berwarna biru itu lalu pergi meninggalkan mereka berdua.Tiba-tiba bahu saya dipegang seseorang. Ada ramai orang yang melihat saya.Tetapi mereka tidak mempedulikan saya. Saya hendak lari dari situ tetapi wanita itu memegang pipi saya lalu berkata, “Jangan takut.Saya hanya hendak bertanya sesesuatu.” “Tanya? Nak tanya apa puan?” tanya saya. “Saya cuma hendak bertanya di manakah tandas awam?” tanyanya dalam bahasa Melayu yang pelat. Mungkin dia bukan orang tempatan. “Orang ini menyusahkan aku saja! Dia hendak menculik aku ke?” kata saya di dalam hati sambil mata saya mencari-cari di mana Lugman dan kedua-dua orang tuaku. “Puan,mak saya dah hilang ni! Mana mereka ya?” kata saya sambil meneruskan pencarian saya. “ Tak apalah nak, saya akan membawa kamu ke kaunter informasi untuk mencari ibu dan ayah kamu,” katanya satu-satu. Saya memerhatikannya dengan perasaan yang mencurigakan kerana dia berambut yang dicelupkan dengan warna perang dan jelas bukan orang tempatan. Dengan penuh hati-hati, saya dan dia ke kaunter informasi . Apabila kami tiba di kaunter informasi itu, wanita itu pun membuat pengumuman. 31