Koleksi Buku Karangan AUG 2014 | Page 29

PERBUATAN YANG TERKUTUK Oleh Siti Norumairah Binte Norshid Sekolah Rendah Lakeside __________________________________________________________________________ “Awak yang dipilih Cikgu?” tanya Saiful dengan rasa tidak percaya. Mana mungkin Cikgu Aqil memilih Ali sebagai ketua pasukan bola sepak? Dia tidak berpuas hati. Saiful dan Ali bersahabat baik dan selalu berlatih bermain bola sepak bersama. Namun, Saiful sentiasa iri hati dengan kemahiran Ali dalam permainan bola sepak. Saiful mendapat idea untuk memfitnah Ali supaya dia tidak menjadi ketua. “Kring,” loceng berbunyi menandakan masa rehat sudah bermula. Saiful, Ali dan beberapa orang murid lain bermain bola di padang. Tiba-tiba Saiful terjatuh lalu meraung kesakitan. Dia menuduh Ali yang menyebabkan kecelakaan itu. Oleh kerana kejadian itu berlaku dengan terlalu pantas, tiada saksi yang dapat menafikan tuduhan Saiful itu. Mereka semua mempercayainya bulat-bulat. Semua rakan Ali memulaukannya lalu membawa Saiful ke pejabat am untuk berehat sementara Cikgu Aqil diberitahu tentang hal itu. Apabila Cikgu Aqil datang menjenguk Saiful, dia bertanya apa yang telah terjadi. Saiful mereka-reka cerita untuk memburuk-burukkan nama Ali supaya Cikgu Aqil merubah fikirang tentang pemilihan ketua pasukan bola sepak. Saiful menuduh Ali sengaja mencederakannya kerana dia cemburu akan kebolehannya bermain bola sepak. Ali dipanggil ke pejabat am lalu disoal oleh Cikgu Aqil. Ali dengan berani berkata bahawa dia tidak mencederakan Saiful. Dia berpegang pada prinsip “berani kerana benar, takut kerana salah”. Dia memberitahu Cikgu Aqil bahawa ada seorang saksi yang boleh membuktikan bahawa Ali tidak bersalah. Wajah Saiful tiba-tiba menjadi pucat. Ada saksi? Siapa saksi itu? Saksi itu ialah Hamka. Apabila bermain bola, Hamka selalu ditugaskan oleh kumpulannya untuk mengawasi Ali kerana Hamka boleh berlari sepantas Ali. Pada waktu rehat, semasa mereka bermain bola, seperti biasa, Hamka berlegar-legar dekat dengan Aqil yang Saiful telah meraung kesakitan semasa Ali sedang menggelecek bola beberapa meter daripada Saiful. Mustahil Ali boleh berlari sejauh beberapa meter dalam masa sekelip mata. Cikgu Aqil menoleh ke arah Saiful lalu merenung wajahnya. Kemudian dia bertanhya, “Saiful, kamu masih mahu menegakkan benang basah?” Saiful membatu. Memandangkan Saiful membisu, Cikgu Aqil menyambung dengan tegas, “Jelaskan perkara yang sebenarnya, Saiful. Saiful menundukkan kepala lalu menceritakan segala-galanya. Saiful meminta maaf kerana perasaan cemburunya telah mendorongnya untuk menfitnah kawan baiknya sendiri. Ali marah dala