PELUANG KEDUA
Oleh Nurfarisha Bte M Zahaid
Sekolah : Sekolah Rendah Lakeside
________________________________________________________________________________
“Awak yang dipilih Cikgu?” tanya Saiful dengan rasa tidak percaya.
Mana mungkin Irham terpilih untuk menjadi ketua kelas? Irham seorang yang pendiam dan
sering berkhayal.
Irham berkata dengan megah, “Ya, saya yang dipilih. Mengapa? Dahulu, awak suka
menyakat saya. Sekarang, saya sudah menjadi ketua kelas. Awak akan saya awasi sentiasa. Oleh
sebab saya menjadi ketua kelas, semua orang akan mendengar cakap saya.”
Semenjak hari itu, Irham sentiasa mencari kesilapan Saiful. Setiap yang Saiful lakukan,
ada sahaja yang salah di mata Irham. Semua yang Saiful lakukan tidak kena. Irham makin menjadijadi menggunakan kuasanya sebagai ketua kelas untuk menyusahkan hidup Saiful.
Pada suatu hari, Irham memarahi Saiful kerana Saiful membantu seorang rakan menyapu
lantai kelas.
“Saiful! Itu bukan tugas awak! Itu tugas dia. Biarkan dia yang buat. Kenapa awak tolong
dia? Awak ingat kalau awak menolong dia, awak boleh menggantikan tempat saya menjadi ketua
kelas? Jangan mimpilah,” kata Irham dengan megah sambil menuding jari ke arah Saiful.
Tanpa disangka-sangka, Cikgu Alia terdengar kata-kata Irham lalu menghampiri mereka.
Cikgu Alia membawa mereka berdua ke pejabatnya untuk mengetahui masalah yang mereka hadapi.
Saiful hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu Irham dimarahi atau didenda. Setelah didesak oleh
Cikgu Alia, Saiful menceritakan apa yang telah terjadi tetapi dia berhati-hati supaya tidak
mendedahkan keaiban Irham. Irham sedar Saiful cuba melindunginya dengan tidak menceritakan
kesilapannya. Irham telah menyalahgunakan kuasanya sebagai seorang ketua kelas untuk membalas
dendam terhadap Saiful yang selalu mengusiknya dahulu. Irham terharu dengan perbuatan Saiful itu
lalu memutuskan untuk menceritakan perkara yang sebenar kepada guru.
Setelah mendengar penjelasan kedua belah pihak, Cikgu Alia memarahi Irham lalu
memberitahunya bahawa akibat perbuatannya yang menyalahgunakan kuasa, dia tidak lagi boleh
dipercayai. Oleh sebab itu, dia tidak boleh menjadi ketua kelas lagi. Saiful memberitahu Cikgu Alia
yang Irham berbuat demikian kerana telah lama diusik olehnya dan perbuatan Irham itu adalah
salahnya. Namun, Irham bersetuju dengan keputusan guru dan menyarankan supaya Saiful yang
mengganti tempatnya sebagai ketua. Cikgu Alia memberi peluang kedua kepada Irham dan melantik
Saiful sebagai penolong ketua. Dia berharap dengan cara ini, mereka boleh bekerjasama dan
berbaik-baik semula. Sebelum diberi kebenaran untuk pulang, mereka telah bersalaman dan berjanji
tidak akan bertengkar lagi.
28