memang tidak berbau, ada sebuah kereta yang dipandu laju telah menggilis kaki Dini.
Dini terus tidak sedarkan diri.
Maria dan Rogayah terus melarikan diri. Mereka berdua berasa panik dan tidak tahu
apa yang harus dilakukan.
Berbulan Dini terlantar di hospital, kakinya telah hancur dan tidak dapat diselamatkan.
Dini menjadi begitu murung dan berputus asa. Dia tidak menceritakan apa yang terjadi kepada
sesiapa pun. Mujur ada ibunya yang menjadi pendorong dan sentiasa berada di sisinya
memberi perangsang. Kemalangan itu jugak membuka mata Dini. Dia sedar bahawa ada lebih
ramai lagi yang bernasib lebih buruk daripada dirinya.
Walaupun kini, Dini tempang dan cacat, tetapi dia mempunyai semangat baharu. Dia
ingin terus berjaya dan membela nasib mereka yang cacat sepertinya. Dia menjadi lebih rajin
kerana tahu bahawa kakinya yang tempang tidak akan menghalangnya menikmati kehidupan.
Selang beberapa tahun Dini menjadi seorang usahawan yang berjaya. Syarikatnya
banyak menderma dan membantu golongan yang kurang upaya. Pada majlis pembukaan Pusat
Kanak-Kanak Kurang Upaya itu, dia telah diundang sebagai tetamu kehormat untuk memberi
ceramah dan motivasi kepada kanak-kanak yang cacat.
Selesai sahaja memberi ucapan, Dini mendapat tepukan yang gemuruh daripada para
hadirin. Ramai yang mahu bercakap dengannya di majlis itu. Tiba-tiba dia terdengar suara
memanggil namanya. Suara itu seperti pernah didengarnya. Dengan perlahan dia menoleh,
matanya terpaku melihat seorang wanita yang sedang duduk di kerusi roda.
“Dini, kau masih kenal aku lagi? Aku Maria, Dini. Sudah lama aku mencari kau, untuk
meminta maaf Dini. Maafkan aku, Dini,” rayu Maria sambil air mata mengalir ke pipinya.
Memang Dini pernah mendapat berita bahawa Maria terlibat dalam kemalangan, tetapi dia
tidak tahu bahawa kemalangan itu membuat Maria lumpuh. Belum sempat dia berkata apa-apa,
datang pula seorang wanita dengan seorang kanak-kanak yang buta.
“Dini aku Rogayah, ini anak aku Khadijah,” kata wanita itu sambil menunjukkan
anaknya yan