TEKAD
Oleh Muhd Luqman Bin Ramzee
Sekolah Rendah Presbyterian
___________________________________________________________________________
Sudah setengah jam Dini merenung kedua-dua orang yang duduk hanya beberapa baris
di hadapannya. Haruskah dia menyapa mereka? Dini merenung dengan renungan yang tajam.
Dini pasti bahawa mereka adalah Maria dan Rogayah. Dia tidak akan pernah melupakan
wajah-wajah itu.
Masih jelas dalam ingatannya peristiwa hitam yang berlaku 15 tahun yang lalu.Hari itu
adalah hari yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar dengan penuh debaran, hari keputusan
peperiksaan. Dini yakin bahawa dia akan mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan itu
kerana dia telah memerah otak dan membanting tulang mengulangkaji dan menyiapkan diri
untuk peperiksaan itu.
Dini menarik nafas panjang sambil merenung ke kertas-kertas peperiksaan yang telah
disemak dan tersusun rapi di atas meja gurunya, Cikgu Mahmud. Kertas-kertas itu seolah-olah
melambai-lambai kepada Dini. Dini merasakan bahawa masa begitu lambat berlalu.
Akhirnya, Cikgu Mahmud tiba di meja Dini.
“Syabas Dini! Kamu telah mendapat markah penuh untuk semua kertas kamu!” umum
Cikgu Mahmud dengan nada gembira.
Dini merasakan bahawa semua mata tertumpu kepadanya. Dia tersenyum lebar
menerima kertasnya. Sungguh tidak disangka, markah yang diperolehnya melebihi jangkauan
yang diharapkan. Dini mendapat markah penuh untuk semua mata pelajaran. Sungguh
membanggakan.
Jauh di sudut kelas, Maria dan Rogayah, melihat Dini dengan perasaan yang tidak
senang. Mereka berasa terkejut dan kecewa, kali ini mereka bukan lagi yang terbaik. Mereka iri
hati terhadap kejayaan Dini. Perasaan itu semakin membuak-buak apabila rakan-rakan
mendengar kata-kata pujian daripada Cikgu Mahmud. Bagi Rogayah dan Maria, Dini adalah
perampas hak mereka. Jika Dini tiada sudah pasti kata-kata pujian itu milik mereka.
Pada waktu pulang, Dini berjalan dengan pantas. Tidak sabar rasanya untuk dia
memberitahu ibunya berita baik itu. Terbayang di fikirannya kegembiraan ibu dan ayahnya.
Mengingatkan itu, Dini tersenyum manis bunga cengkih. Hatinya kembang bagai buah
direndam dalam air.
“Oi, Dini, sini!” Dini terdengar suara jeritan di belakangnya. Rupa-rupanya, suara itu
datang daripada Maria dan Rogayah. Mereka memandang Dini sambil mengetap gigi dan
menunjukkan buku lima.
Dini terpaku melihat mereka. Mereka pun menghampiri Dini. Dini mejadi begitu takut
melihat wajah mereka yang bengis seperti harimau. Selangkah mereka ke hadapan, selangkah
Dini mundur ke belakang.
Tiba-tiba Dini hilang imbangan dan terjatuh. Dalam ketakutan dia tidak sedar bahawa
dia sudah berada di sebatang jalan raya. Dini cuba bangun tetapi kakinya luka. Malang
26