Koleksi Buku Karangan AUG 2014 | Page 23

“Pulanglah, Azim. Kali ini saja,” rayu Pak Long. Batu nisan di pusara ibu diselimuti kain putih. Aku memandang ke pusara ibu. Sampul surat yang Pak Long sampaikan tadi masih kugenggam erat. Aku mengoyakkan sampul surat itu lalu membaca intinya. “Kepada anakku Azim, Sekiranya Azim menerima surat ini, bermakna ibu sudah tiada. Maafkan ibu jika kehadiran ibu memalukan Azim. Ibu tidak berniat begitu. Ibu melakukan ini semua untuk membesarkan kamu dengan sempurna. Maaf jika wajah ibu yang hanya memiliki satu mata ini mengaibkan Azim. Oleh sebab Azim anak ibu, ibu sanggup melakukan apa saja untuk Azim, walaupun mengorbankan mata ibu. Ibu sayang Azim. Salam sayang, Ibu.” Mulutku terkunci. Surat ibu bagai rebah ke bumi bersama diriku. Air mata mengalir deras. “Ibu, Azim sayang ibu!” Bisikku penuh keharuan. “Kenapa awak menangis? Sudahlah abang, marilah kita mendoakan ibu,”pujuk isteriku. Aku menyeluk sakuku dan mengeluarkan surat yang kian menguning itu. Surat yang menjadi pegangan hidupku, kerana apa yang dapat kulihat, dapat kubezakan, dapat kuhisab, dapat kupastikan nyata, semua anugerah dan pengorbanan ibu. Ibu! 23