ANUGERAH IBU
Oleh Bazil Basyar
Sekolah Rendah Jiemin
_____________________________________________________________________________
“Ibu, ibu engkaulah ratu hatiku...”
Lagu dendangan P.Ramlee ini tidak pernah kuhargai maknanya yang tersirat sehinggalah
ke saat ini. Permata jernih gugur daripada kelopak mataku. Tetapi, layakkah aku mengalirkannya
tanpa menghargainya?
Kelihatan rakan-rakanku sedang berhimpun untuk bermain bola sepak. Sepantas kilat, aku
meluru ke arah rakan-rakanku.
“Boleh saya ikut main bersama?” tanyaku.
Sembilan pasang biji mata memandangku. Kemudian, salah seorang rakanku membuka
perbualan yang terkunci buat seketika.
“Tidak boleh! Kau anak ‘jin’! Kami tidak mahu bercampur dengan anak ‘jin’!”jerit salah
seorang rakanku.
Mendengar kata-kata yang menusuk hati itu, aku segera mengangkat kaki. Aku berlari
pulang ke rumah dengan mata yang merah dan berair. Pintu kamar kuhempas. Api kemarahanku
bagai menjulang-julang, asyik mengingatkaan semula kejadian tempoh waktu.
Dengan perlahan, ibu membuka pintu kamarku lalu memanggilku. Aku hanya membatu
sahaja. Ejekan yang kuterima selama ini tidak dapat kubendung.
“Emak hendak tahu mengapa? Dalam lima belas tahun ini, Azim sudah mual mendengar
kejian yang dilontarkan terhadap Azim! Ini semua salah emak! Jikalau emak cacat, kudung
tangan atau kaki tidak apa. Ini lebih mengaibkan! Orang gelar saya anak ‘jin’, emak tahu tidak!”
Air mata ibu gugur membasahi pipi. Ibu meninggalkan kamarku tanpa sepatah kata. Aku
hanya merenung ke arah pintu bilikku.
Terasa tangan lembut isteriku memegang bahuku. Lagu ‘Ibu’ di corong radio selesai sudah.
“Kring...kring!”
Deringan telefon itu telah mengembalikan memori silamku dengan serta merta.
“Helo, Azim, ini Pak long. Ada berita kurang baik. Emak kau sedang nazak. Baliklah dan
jenguk emak engkau,” pujuk Pak Long.
“Pak Long, saya sibuk. Nanti senang, saya jenguklah!” jawabku lalu terus meletak
gagang telefon. Tiada masa aku hendak menjenguk si tua itu. Memorinya sahaja cukup
memalukanku, apatah lagi jika ahli-ahli koperat yang lain tahu yang aku beribukan ‘jin’.
Esoknya, di muka pintu pejabat, berdirinya seorang lelaki tua bersongkok. Pak Long
ingin memberi salam tetapi aku memotong pantas.
“Kalau Pak Long ke sini untuk bicara tentang ibu, lupakan saja. Saya ada banyak lagi
kerja penting,