Koleksi Buku Karangan AUG 2014 | Page 18

Sebelum ibu memasuki bilik pembedahan, ibu telah menasihati kami supaya tabah dan akan menolong satu sama lain jika pembedahan itu gagal. Kami sekeluarga berjanji kepada ibu lalu memeluknya. Sudah dua jam ibu di dalam bilik pembedahan. Kami berasa gementar untuk menerima berita mengenai barah ibu. Setengah jam kemudian, doktor yang membedah ibu keluar dengan wajah gembira. Kami tahu bahawa ibu telah selamat. Doktor menyampaikan berita yang sungguh mengembirakan kami. Sudah kami jangkakan,,ibu telah berjaya menjalani pembedahan itu. Ibu telah dipindahkan ke wad biasa. Kami sekeluarga pergi melawat ibu. Ibu kelihatan sihat dan ceria. Kami menitiskan air mata kegembiraan. Doa kami sekeluarga terkabul. 18