AIR MATA PENYESALAN
Oleh Nur Amira Binte Idris
Sekolah Rendah Huamin
__________________________________________________________________________
Sudah setengah jam Dini merenung kedua-dua orang yang duduk hanya beberapa baris
di hadapannya. Haruskah dia menyapa mereka? Dini mengeluh. Berulang-ulang kali
pertanyaan ini timbul di dalam benaknya. Ombak perasaan yang berkecamuk menghempas
pantai hatinya. Memanglah mereka ibu bapanya tetapi bolehkah mereka menerimanya setelah
apa yang telah dia lakukan? Apatah lagi, sudah beberapa tahun mereka tidak bertemu. Mata
Dini berkaca dan kemudian mengalir ke pipi.
Tiba-tiba, wayang gambar yang ditontoninya tidak begitu menarik lagi. Panggung
wayang itu pun tiba-tiba senyap. Kenangan pahit manis suka dan duka bermain di dalam kotak
fikirannya. Ingatannya kembali menjangkau suasana masa lampau yang menyebabkannya
menjadi begini.
Angin 10.00 malam bertiup berkali-kali menempiaskan kedinginan. Dini berasa
sungguh marah kerana telah dibuang kerja. Dia juga telah kehilangan dompetnya. Api
kemarahannya memuncak. Dia tidak faham mengapa dia dibuang kerja secara tiba-tiba. Sejak
dia mula berkerja, dia selalu memerah tenaga untuk melakukan yang terbaik. Dini berjalan
seorang diri di kolong blok dalam kesunyian dan kegelapan malam. Dia tidak mahu pulang ke
rumah kerana ibu bapanya akan kecil hati dengan berita yang akan disampaikannya. Dini
berasa seolah-olah dunianya terbalik. Dia berasa seperti ingin melepaskan kemarahannya
terhadap seseorang. Tetapi kemapa siapa? Fikirannya buntu.
Dini duduk dengan sugul di belakang tembok. Tiba-tiba, ada seorang budak perempuan
berjalan di hadapannya. Dia sedang memegang beg duit yang dihiasi dengan manik-manik
merah jambu. Dini memerhatikan tingkah laku budak perempuan itu. Bintik-bintik peluh
bercambah di sana sini di tubuh Dini kerana duduk di kolong blok. Dini pun mengekori budak
perempuan itu. Budak perempuan itu mempercepatkan langkahnya. Tiba-tiba, Dini menarik
tangan budak perempuan itu. Dia mengambil beg duit budak perempuan itu dan memukulnya
sebelum melarikan diri. Fikiran Dini semakin berkecamuk. Dia kurang pasti apa yang telah dia
lakukan.
Tanpa diduga, seorang pegawai polis yang sedang meronda di kawasan itu menangkap
Dini dan membawanya ke balai polis untuk disoal siasat. Kecederaan budak perempuan itu
agak parah dan dia segera dihantarkan ke hospital. ‘Apa yang telah aku lakukan? Hati kecilnya
berbisik.
Seluruh hidup Dini bagai tertayang di dalam mindanya. Tiba-tiba, dia seperti tidak
boleh mengawal dirinya. Dia menangis sekuat hati. Dini merasakan seperti masa hadapannya
sudah hancur. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Dia teringat tentang ibu bapanya
yang telah banyak berkorban untuknya. Dia mula menangis teresak-esak seperti kanak-kanak.
Setelah sesi soal siasat tamat, mereka menyatakan bahawa Dini akan ditahan di dalam penjara
selama beberapa bulan. Ibu dan bapanya juga telah dihubungi dan diberitahu tentang apa yang
telah berlaku.
“Dini!” seseorang memanggilnya.
19