Koleksi Buku Karangan AUG 2014 | Página 17

TERKABULNYA SEPOTONG DOA Oleh Sarah Khairunnisa Binte Md Ariffin Sekolah Rendah Henry Park ______________________________________________________________________ Warna senja mula memamah suasana. Angin tujuh suku malam pula menggugurkan daun-daun kering dari pohon-pohon yang berjejer di sepanjang jalan. Angin itu menempiaskan kedinginan ke seluruh tubuhku seolah-olah mempercepatkan langkahku supaya pulang dengan segera. Aku telah menerima berita bahawa ibuku sakit tenat. Perkhabaran yang disampaikan itu benar-benar membuatku tergamam seketika. Aku sangat rapat dengan ibuku. Kenangan pahit, manis, suka dan duka bersama ibuku bermain di kotak fikiranku. Sebaik sahaja berada di hadapan rumah bangloku, aku menanggalkan kasutku dan terus berlari ke bilik ibuku. Ibu terlantar di atas katil dengan wajah pucat dan lesu. Kelihatan juga adik-beradikku, Zikry dan Sofea, di sisinya. Mereka sedang menangis teresak-esak. Ayahku sedang bercakap dengan Doktor Suraya. Doktor Suraya adalah doktor peribadi keluargaku. Sebelum ibuku jatuh sakit, dia seorang yang ceria dan amat menyayangi keluarganya. Dia bekerja di sebuah syarikat swasta. Ibuku selalu memberi kami nasihat dan jarang memarahi kami. Dia juga sentiasa menjaga makan-minum kami sekeluarga Pada suatu hari, ibuku jatuh pengsan di dapur. Dia telah dibawa ke hospital dan di situlah Doktor Suraya mengesahkan ibuku menghidap barah hati tahap keempat. Kami sekeluarga amat terkejut dan sedih apab