Sebelum ibu memasuki bilik pembedahan, ibu telah menasihati kami supaya tabah dan
akan menolong satu sama lain jika pembedahan itu gagal. Kami sekeluarga berjanji kepada ibu
lalu memeluknya.
Sudah dua jam ibu di dalam bilik pembedahan. Kami berasa gementar untuk menerima
berita mengenai barah ibu. Setengah jam kemudian, doktor yang membedah ibu keluar dengan
wajah gembira. Kami tahu bahawa ibu telah selamat. Doktor menyampaikan berita yang
sungguh mengembirakan kami. Sudah kami jangkakan,,ibu telah berjaya menjalani
pembedahan itu.
Ibu telah dipindahkan ke wad biasa. Kami sekeluarga pergi melawat ibu. Ibu kelihatan
sihat dan ceria. Kami menitiskan air mata kegembiraan. Doa kami sekeluarga terkabul.
16