Koleksi Buku Karangan AUG 2014 | Page 15

HATI BATU YANG MEMBAWA PADAH Oleh Muhammad Ruzaini Bin Hashim Sekolah Rendah Damai ___________________________________________________________________________ John seorang budak yang nakal. Dia selalu tidak mahu mendengar nasihat ibu bapanya.Walau pun berkali-kali telah dinasihatkan oleh ibu bapanya untuk meminta keizinan sebelum ke mana-mana, dia masih berhati batu. Pada suatu hari, ketika John dan kawan-kawannya sedang bermain di taman permainan, seorang lelaki yang berbadan tegap telah datang ke arah mereka. Dia kelihatan sungguh mencurigakan.Dia membawa gula-gula dan coklat untuk mengumpan John dan kawankawannya.Kawan-kawannya melarikan diri.John menunjukkan keberaniannya dengan mengambil gula-gula dan coklat itu.Tiba-tiba John telah ditarik masuk ke dalam sebuah kereta. Lelaki itu mengikat tangan John dengan seutas tali. Dia juga telah menutup mata John dengan sehelai kain hitam. Sebenarnya orang dewasa yang berparut di pipi kiri itu ialah seorang penculik yang dikehendaki polis kerana terlibat dalam banyak kes jenayah. Orangnya sangat licik. Sebab itulah sampai kini dia masih liar melakukan perbuatan jahat dan terkutuk. Ibu bapa John dirantai kerisauan kerana John masih belum pulang lagi.Mereka mahu menelefon John. Ibu bapa John mengambil keputusan untuk menghubungi polis. “Hello polis! Anak saya hilang,” adu ibu John. Pegawai polis yang bertugas berjanji untuk mencari John sedaya upaya untuk menolong orang tua John. Nasib John baik kerana ikatan di tangannya agak longgar.John berjaya melepaskan ikatan di tangannya, John mengambil telefon bimbit di sakunya dan menelefon ibunya. Dia menerangkan apa yang terjadi. Dia memberitahu di mana dia berada. Dia telah ternampak nama jalan - “Lorong 24 Geylang Road” ketika ikatan di matanya terbuka di dalam kereta semasa dia cuba melepaskan diri. Ibunya berpesan kepada John supaya berhati-hati.Dengan cepat, ibunya menelefon pegawai polis untuk memberitahu maklumat terkini. Tidak lama kemudian, pegawai-pegawai polis dan ibu bapa John menuju ke tempat penculikan itu.Pegawai-pegawai polis itu berjaya menangkap penculik yang melarikan John. Akhirnya, John diselamatkan oleh pegawai-pegawai polis itu.John menyesal kerana menunjukkan keberanian dalam situasi yang kurang tepat. Dia tidak sepatutnya mengikut orang yang tidak dikenalinya. John berjanji kepada ibu bapanya yang dia akan lebih berhati-hati pada masa akan datang. 15