Koleksi Buku Karangan AUG 2014 | Page 14

AKIBAT KELALAIAN SEMALAM Oleh Nabilah Md Noor Sekolah Rendah Canberra ________________________________________________________________________ “Lani, jaga adik! Ibu mahu ke pasar!Ingat keluarkan kek dari ketuhar yang ibu sedang bakar selepas empat puluh lima minit nanti. Lani juga jangan lupa membuat kerja rumah,” Ibu berpesan. Aku hanya menganggukkan kepala dengan penuh semangat untuk menandakan bahawa aku memahami pesanan ibu. Sejurus ibu pergi ke pasar,aku bermain-main bersama adik sebentar. Aku tertawa apabila melihat telatahnya yang amat cilik.Setelah puas bermain bersama adik,aku terus membuat kerja rumah yang dipesan oleh ibu sambil memerhatikan adik. Ibu dan ayah selalu berkata bahawa aku seorang yang tidak bertanggungjawab,dan aku mahu membuktikan kepada mereka bahawa tanggapan mereka terhadapku salah dan aku boleh menjadi seorang yang bertanggungjawab dengan menjaga adik dengan sempurna. Selepas menghabiskan kerja rumah, aku dipaksa oleh adik untuk bermain untuk bermain bersamanya sekali lagi. Aku hanya menurut kata adik kerana aku berasa bosan.Selepas bemain bersamanya, aku bercadang untuk membaca buku. Aku mengangkat adik di sisiku, supaya aku dapat memantaunya sambil membaca.Oleh sebab digodam keletihan, aku rasa begitu mengantuk. Akibat terlalu mengantuk, aku terlelap tanpa menghiraukan kek yang sepatutnya aku keluarkan dalam masa sepuluh minit lagi. Selepas terlena selama tiga puluh minit, aku terjaga oleh tangisan dan batukan adik. Alangkah terkejut aku apabila melihat segumpal asap dari arah dapur.Aku terbau sesuatu terbakar.Kek! Aku teringat pesanan ibu yang mengarahkan aku supaya mengeluarkan kek dari ketuhar. Dengan segera aku membuka semua tingkap di dapur bagi membolehkan asap keluar. Apabila aku keluar dari dapur,aku amat terkejut melihat adik terbaring di atas sofa. Adik telah pengsan akibat terhidu t