SUATU KEJUTAN
Oleh Yuliza Carlina
Sekolah Rendah Boon Lay Garden
________________________________________________________________________________
Sudah setengah jam Dini merenung kedua-dua orang yang duduk hanya beberapa baris di
hadapannya. Haruskah dia menyapa mereka? Dini berasa bingung.Benarkah ibunya sedang sibuk di
pejabat?
Wajah wanita itu mirip ibunya.Ketika Dini sedang merenung wanita itu, Dini terasa hendak
pergi ke tandas sebentar. Dini pun memberitahu kawan baiknya,Yanti bahawa dia perlu pergi ke
tandas.Yanti hanya mengangguk-anggukkan kepalanya.Dini pun segera keluar dari panggung
wayang itu.
Setibanya di tandas, Dini teringat tentang perbualan dengan ibunya. Sebenarnya hari itu adalah
hari yang paling istimewa untuk Dini kerana hari itu ulang tahunnya yang keempat belas tahun.
Ibunya telah berjanji kepadanya bahawa dia akan membawa Dini ke panggung wayang tetapi
ibunya berkata bahawa dia terlalu sibuk di pejabat pagi itu.Dini berasa kecewa.Walau
bagaimanapun, Dini tertanya-tanya pada dirinya tentang wanita yang berada di panggung wayang
tadi. Dia amat pasti bahawa wanita itu ialah ibunya.Dia tidak sangka ibunya sanggup menipunya.
Sejurus Dini mematikan telefon bimbitnya, filem di panggung wayang itu pun tamat.Dini
segera mengambil barangnya dan berjalan ke arah ibunya dan lelaki misteri itu manakala Yanti terus
pulang ke rumah kerana bimbang ibunya akan mencarinya nanti.
Apabila ibunya ternampak Dini, ibunya terkejut. Ibunya terkaku. Lidahnya kelu. Ibunya
membawa Dini pulang ke rumah kerana hendak menceritakan perkara yang sebenarnya. Lelaki
misteri itu mengikut ibu Dini pulang ke rumah.
Sepanjang jalan pulang ke rumah, Dini hanya membisu.Dia masih marah dengan sikap ibunya.
Alangkah terkejutnya Dini apabila dia tiba di rumah. Rumahnya dihiasi penuh dengan belon dan
juga hiasan. Rakan-rakan Dini juga berada di rumahnya.Apa yang sedang berlaku sebenarnya?
Ibu Dini mencium pipi Dini dan mengucapkan selamat hari lahir. Ibu Dini telah merancang
sebuah parti untuk Dini dan telah menghadiahkan sebuah komputer riba yang baharu kepadanya.
Dini berasa sangat gembira dan hatinya melonjak-lonjak kegembiraan. Segala perasaan marah
terhadap ibunya hilang serta merta.
Selepas parti itu tamat, ibu Dini memberitahu bahawa lelaki