KEJUJURAN ADALAH AMALAN YANG BAIK
Oleh Joshua Raj Selvam
Sekolah Rendah Bukit View
________________________________________________________________________
Sinaran matahari bak kala jengking menggigit kulit. Aku berasa lapang dada kerana
kelas tambahan sudah pun habis. Perutku berkeroncong seperti gitar yang dimainkan. Aku
hendak pulang ke rumah dengan segera untuk makan. Kecur air liurku apabila teringat
masakan sedap ibuku. Fikiranku terganggu apabila seorang pemuda yang bermisai dan
memakai cermin mata hitam meminta izin untuk duduk di sebelahku. Kami meneruskan
perjalanan kami dengan senyap. Semua orang sedang berehat.
Suasana di dalam bas tenang dan nyaman. Lelaki yang bercermin mata itu menekan
butang ‘berhenti’ dan bunyi loceng kedengaran. Sedikit demi sedikit, bas itu mengurangkan
kelajuannya dan akhirnya, berhenti. Pintu bas itu terbuka luas dan seperti lipas kudung, lelaki
itu turun dari bas itu. Tanpa pengetahuannya, dompetnya tercicir dari koceknya. Mataku
terbeliak apabila ternampak dompet pemuda itu terjatuh. Aku berasa bertanggungjawab dan
mengambli berat di atas situasi itu. Dengan segera, aku memungut dompet itu untuk
memulangkannya. Malangnya, pintu bas tertutup sebelum aku sempat memulangkan dompet
itu.
Aku diselimuti keresahan. Dalam keadaan gopoh-gapah, aku menjerit untuk
mendapatkan perhatiannya. Malangnya, aku hanya mendapatkan perhatian orang lain di dalam
bas itu. Semua orang memandang ke arahku dan terasa darah naik ke muka. Dengan perasaan
malu, aku balik ke tempat dudukku dengan dompet itu. Aku duduk dan menunduk ke bawah.
Aku bercadang untuk melihat isi dompet yang tebal itu. Selepas beberapa minit, aku tiba di
destinasiku.
Setelah turun dari bas, aku terus membuka dompet itu dengan perlahan. Hatiku
melonjak gembira apabila ternampak banyak helai kertas biru di dalamnya.
“ Aku kaya! Aku kaya!” hatiku menjerit.
Sekarang aku boleh membeli barang idamanku! Aku berasa seperti budak yang paling
bertuah di dalam dunia. Aku pun mengira duit itu. Tiba-tiba, kedengaran bunyi tapak kaki. Aku
memandang ke arah kiri dan kanan, bimbang jika seseorang ternampak aku.
Setelah puas melihat sekelilingku, aku pun meneruskan kiraanku, tidak sedar yang aku
sebenarnya diperhatikan. Aku mengira duit itu berjumlah seribu dan lima ratus dolar!
Fikiranku melayang jauh. Dengan duit ini, aku boleh membeli permainan ‘PSP’, telefon
bimbit yang baharu dan basikal ‘mountain bike’ yang baru dikeluarkan di pasaran! Tetapi, apa
yang aku akan katakan kepada ibu bapaku? Aku pun mula memerah otak bagaimana hendak
menipu ibu bapaku dan menyimpan duit itu. Awan mendung menutupi langit dan matahari
kelihatan begitu suram. Jika aku lebih berhati-hati hari itu, aku akan mengelakkan pembaziran
wang dan pertumpuhan darah.
12