Ingenieur Vol 92 Oct-Dec 2022 Ingenieur vol92 Final | Page 64

INGENIEUR
INGENIEUR
ke perjawatan jurutera gred J41 dengan memasukkan keperluan calon tersebut untuk mendaftarkan diri sebagai Jurutera Siswazah dengan pihak Lembaga Jurutera Malaysia . Pihak Kerajaan perlu memberikan tempoh sewajarnya kepada keseluruhan penjawat awam dalam perjawatan jurutera untuk mendaftar sebagai Jurutera Siswazah seterusnya sebagai Jurutera Praktis untuk memperkasakan perjawatan jurutera di sektor perkhidmatan awam . Peranan sebagai skim perkhidmatan teknikal perlu ditambahbaik menjadi skim perkhidmatan kejuruteraan . Dicadangkan agar perjawatan ini dipusatkan kepada seorang Ketua Perkhidmatan dengan skim perjawatan jurutera diklasifikasikan sebagai skim terbuka dan gunasama . Ini untuk memastikan mereka dapat memiliki peluang untuk perkembangan kerjaya di pelbagai jabatan dan tidak hanya tertumpu kepada satu-satu jabatan sahaja . Dalam masa yang sama , jurutera tidak akan berada dalam satu perjawatan dalam tempoh yang lama dan akan mengurangkan risiko dan pendedahan kepada isu-isu jenayah seperti salahguna kuasa dan rasuah . Dengan perubahan ini , kerjaya sebagai jurutera dalam perkhidmatan awam akan dapat dijamin dan diberikan pengiktirafan yang sewajarnya .
Di sektor swasta , perjawatan jurutera juga tidak memerlukan pemohon untuk mempunyai sijil pendaftaran sebagai seorang Jurutera Siswazah dengan Lembaga Jurutera Malaysia . Pemohon juga diberikan gaji permulaan yang rendah kerana pihak majikan berpendapat bahawa pemohon tidak mempunyai pengalaman yang membolehkan mereka dibayar gaji yang mahal . Oleh sebab itu , jurutera di sektor swasta sering kali bertukar kerja dari satu tempat ke satu tempat yang lain . Hal ini menyebabkan kebanyakan majikan mengenakan syarat untuk mengikat seseorang jurutera untuk terus bekerja di syarikat mereka selama beberapa tempoh dan akan mengenakan denda sekiranya kontrak dilanggar . Jika satu ketika dahulu , pendapatan jurutera di sektor swasta jauh meninggalkan pendapatan jurutera di perkhidmatan Kerajaan . Namun , pada masa kini , jurang perbezaan pendapatan antara jurutera swasta dan jurutera Kerajaan menjadi sebaliknya . Pihak Lembaga Jurutera Malaysia tidak mempunyai bidang kuasa yang khusus untuk menangani isu ini sehinggakan ianya terus berlanjutan . Isu di sektor swasta juga bukan hanya tertumpu kepada bayaran gaji sahaja . Terdapat majikan yang melantik jurutera daripada golongan yang tidak mempunyai kelulusan ijazah sarjana muda kejuruteraan . Alasan yang diberikan adalah kerana mereka ini boleh bekerja dengan lebih cekap berbanding graduan lepasan ijazah sarjana muda kejuruteraan . Majikan juga tidak perlu membayar gaji yang tinggi kerana mengambil pekerja yang mempunyai kelulusan diploma atau sijil .
Bagi permasalahan di sektor swasta , pihak Lembaga Jurutera Malaysia hendaklah mewujudkan sebuah portal khas bagi memudahkan pihak syarikat yang ingin membuat pengambilan pekerja sebagai jurutera di syarikat mereka . Pihak Lembaga Jurutera Malaysia akan memberikan panduan kepada majikan dalam penyediaan skop tugas , tanggungjawab dan tangga gaji kerja yang bersesuaian dengan jawatan yang ditawarkan . Pihak syarikat akan mendapat nombor pengesahan rujukan mengenai jawatan kosong yang akan menjadi nombor rujukan bahawa pihak syarikat telah mengikuti skop perjawatan jurutera sebelum hebahan dibuat . Bagi mereka yang telah lama bekerja sebagai jurutera , pihak Lembaga Jurutera Malaysia boleh memberikan tempoh waktu kepada majikan dan mereka yang terlibat untuk mendaftarkan diri sebagai Jurutera Siswazah seterusnya sebagai Jurutera Praktis . Dengan adanya sinergi antara pihak Lembaga Jurutera Malaysia , pihak majikan , dan jurutera yang bekerja di sektor swasta , sebarang masalah mengenai kebajikan jurutera akan dapat diselesaikan dengan cepat dan berkesan .
Sekiranya isu jurutera di peringkat perjawatan awam dan swasta diselesaikan , pembinaan profesionalisme jurutera akan terus diperkasa dengan baik dan berkesan . Isu yang sering dipaparkan di media adalah mengenai jurutera yang didakwa atas kesalahan salahguna kuasa dan rasuah . Masalah ini berkait secara terus dengan integriti . Dalam usaha untuk meningkatkan profesionalisme , perkara pertama yang perlu dititik berat adalah soal integriti . Sekiranya seorang jurutera mendapat pengiktirafan yang sewajarnya , isu integriti ini akan dapat diselesaikan dengan mudah . Kewujudan peluang kepada jurutera di sektor awam untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan di pelbagai
62 VOL 92 OCTOBER-DECEMBER 2022