Ingenieur Vol 92 Oct-Dec 2022 Ingenieur vol92 Final | Page 63

menjadi tunjang kepada profesion kejuruteraan di Malaysia . Pihak Lembaga Jurutera Malaysia perlu dikemas kini , ditambah baik , dan direvolusikan menjadi sebuah badan yang dapat memberikan keadilan yang sewajarnya kepada profesion jurutera di Malaysia . Dengan mewujudkan kluster kejuruteraan , pihak Lembaga Jurutera Malaysia mampu memiliki sebuah bank data yang lengkap dan lebih berfokus . Mewujudkan kategori Jurutera Praktis yang berada di tengah-tengah antara Jurutera Siswazah dan Jurutera Profesional mampu menyediakan lebih banyak ruang dan peluang untuk meningkatkan kualiti seorang jurutera sebelum mendapatkan pengiktirafan sebagai Jurutera Profesional . Menjalinkan kerjasama dengan erat antara pihak Lembaga Jurutera Malaysia dengan pihak institusi pengajian tinggi mampu menyediakan kumpulan Jurutera Siswazah yang lengkap dengan ilmu profesional kejuruteraan . Akhir sekali , kewujudan sebuah mahkamah dan tribunal mampu menyelesaikan kemelut dan masalah yang dihadapi oleh pihak Lembaga Jurutera Malaysia dan pihak jurutera yang berdepan dengan dakwaan . Konsep perundangan ini mampu menjadi benteng yang terbaik untuk membina masa hadapan yang lebih baik buat profesion jurutera di Malaysia .
PEMBINAAN PROFESIONALISME JURUTERA
Akta 138 secara jelas telah mempamerkan susun atur seorang jurutera daripada peringkat Jurutera Siswazah sehinggalah kepada Jurutera Profesional Dengan Amalan Perakuan . Para jurutera yang ingin memohon menjadi seorang Jurutera Profesional perlu mengikuti setiap peringkat seperti yang telah ditetapkan oleh Lembaga Jurutera Malaysia termasuklah penyediaan sebuah laporan lengkap . Konsep mentor-mentee yang dipraktikkan telah dilaksanakan oleh Institut Jurutera Malaysia yang bernaung di bawah Lembaga Jurutera Malaysia . Namun , nilai-nilai murni yang diterapkan dalam kod etika perlakuan jurutera semakin lama semakin terhakis sehingga menyebabkan pelbagai masalah . Isu ketirisan , rasuah , salah guna kuasa , dan integriti menjadikan profesion jurutera ini dipandang remeh oleh masyarakat seterusnya menjatuhkan martabat profesion itu sendiri . Ini ditambah pula dengan isu kelompongan yang ada dalam Akta 138 dan kurangnya kesedaran untuk mematuhinya .
Pembinaan profesionalisme bermula daripada peringkat awal . Dengan jati diri yang mantap ditambah dengan ilmu mengenai Akta 138 , seorang jurutera yang diambil bekerja akan dapat mampu melaksanakan kerja mengikut kod etika kerja berteraskan nilai-nilai murni . Dalam hal ini , terdapat keperluan yang mustahak supaya Akta 138 ini ditambah baik supaya kebajikan dan martabat profesion jurutera dapat dipulihkan ke tahap yang sepatutnya . Seiring dengan dunia moden dan berteknologi tinggi , negara memerlukan kumpulan jurutera yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik . Pengukuhan kerjaya mampu merealisasikan perkara ini .
Bagi jabatan Kerajaan , perjawatan jurutera bermula dengan gred J41 dan tergolong dalam Kumpulan Profesional dan Pengurusan . Syarat kemasukan ke perjawatan ini tidak menyentuh mengenai keperluan calon untuk berdaftar sebagai Jurutera Siswazah dengan Lembaga Jurutera Malaysia . Dalam erti kata lain , sesiapa sahaja yang mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan boleh menjadi calon bagi memohon jawatan sebagai jurutera di gred permulaan J41 . Kluster kejuruteraan di jabatan Kerajaan juga dilabelkan sebagai skim perkhidmatan teknikal yang menyebabkan kurangnya peranan seorang jurutera dalam organisasi pentadbiran . Skim perkhidmatan bagi jurutera juga adalah tertutup , menyebabkan perkembangan laluan kerjaya seseorang jurutera sangat terhad . Perkembangan kerjaya bagi seorang Jurutera Profesional dan jurutera yang tidak berdaftar dengan pihak Lembaga Jurutera Malaysia adalah sama . Proses kenaikan pangkat di jabatan Kerajaan adalah menerusi tempoh perkhidmatan sahaja tanpa disokong oleh sijil akademik dan sijil profesional yang lain . Disebabkan situasi ini , jurutera yang telah lama berkhidmat tidak mempunyai keinginan untuk mendaftar dengan pihak Lembaga Jurutera Malaysia dan kekal sebagai jurutera tidak berdaftar sehingga tamat perkhidmatannya .
Untuk mengatasi permasalahan ini , pihak Kerajaan perlu mengetatkan syarat kemasukan
61