INGENIEUR
dapat dilaksanakan dengan mudah dan efisyen . Ini juga dapat melindungi kebajikan para jurutera yang berkhidmat di sektor awam dan swasta .
Selari dengan pemantapan perundangan Akta 138 , dicadangkan agar diwujudkan satu tingkat kategori jurutera dalam pendaftaran jurutera menerusi Lembaga Jurutera Malaysia iaitu Jurutera Praktis . Jurutera Siswazah yang diterima masuk ke dalam dunia pekerjaan boleh memohon untuk menjadi Jurutera Praktis dengan menyertakan surat lantikan pekerjaan tersebut . Ini adalah kerana , tidak semua Jurutera Siswazah menceburi bidang kejuruteraan selepas bergraduasi daripada institusi pengajian tinggi . Pihak Lembaga Jurutera Malaysia akan dapat menyediakan sebuah pangkalan data yang lengkap mengenai pergerakan perubahan status graduan bidang kejuruteraan yang meneruskan perkhidmatan kejuruteraan dan perkhidmatan bukan kejuruteraan untuk perbandingan . Dengan kehadiran kategori Jurutera Praktis , pihak Lembaga Jurutera Malaysia mampu melihat keperluan dan menyediakan ruang yang secukupnya bagi membantu Jurutera Praktis dalam persiapan diri menjadi seorang Jurutera Profesional . Maklumat-maklumat ini juga akan dapat diakses secara bersama dengan Pihak Industri sebagai majikan kepada Jurutera Praktis ini . Pihak industri seterusnya akan dapat bekerjasama dengan pihak Lembaga Jurutera Malaysia dalam pemerkasaan dan penguatkuasaan peruntukan undang-undang seperti mana yang terkandung dalam Akta 138 .
Akta 138 perlu menjelaskan secara terus mengenai kesalahan-kesalahan yang menjurus kepada etika kerja profesional seorang jurutera . Pindaan terhadap Akta 138 perlu memastikan setiap elemen berkaitan dengan kesalahankesalahan dan pelanggaran etika kerja ini sentiasa dikemaskini dengan maklumat terkini selari dengan perkembangan teknologi masa kini . Untuk memastikan pelaksanaan secara menyeluruh , pengajaran mengenai etika kerja jurutera perlu diterapkan bermula di peringkat pengajian ijazah sarjana muda kejuruteraan . Oleh itu , satu subjek khusus mengenai perundangan kejuruteraan bersangkutan dengan Akta 138 perlu diperkenalkan pada semester akhir pengajian . Ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada para graduan kejuruteraan sebelum memasuki dunia pekerjaan sebagai seorang jurutera . Pihak Lembaga Jurutera Malaysia boleh memperkenalkan sistem ujian undangundang berbentuk objektif berdasarkan Akta 138 kepada para graduan dan menjadi subjek wajib sebelum diluluskan pendaftaran sebagai seorang Jurutera Siswazah . Pendedahan di peringkat awal ini mampu membentuk keperibadian seorang jurutera yang mempunyai etika kerja dan moral yang tinggi . Subjek ini boleh disampaikan oleh pensyarah-pensyarah berstatus jurutera profesional dalam memastikan penyampaian yang berkesan terhadap subjek ini . Jurutera Siswazah hanya boleh didaftarkan secara sah dalam sistem Lembaga Jurutera Malaysia setelah graduan berjaya menamatkan pengajian beserta ujian objektif ini . Pemerkasaan Akta 138 tidak hanya tertumpu kepada pra-pendaftaran sahaja dan harus meliputi segenap aspek termasuklah yang melibatkan isu-isu perundangan .
Untuk meningkatkan martabat profesion kejuruteraan , pihak Lembaga Jurutera Malaysia perlu mengadakan sebuah mahkamah khas berkaitan dengan isu-isu yang melibatkan pelanggaran kod etika kejuruteraan . Ini adalah bertujuan untuk menyediakan sebuah pasukan perundangan yang benar-benar memahami selokbelok kejuruteraan . Untuk menjamin kebajikan jurutera yang dituduh , sebuah tribunal khas juga boleh diwujudkan . Ini adalah bertujuan supaya jurutera yang dituduh dapat menjalani proses keadilan dengan sewajarnya . Mahkamah ini juga mampu menjadi rujukan untuk kes-kes lain yang membabitkan kesalahan berkaitan dengan pengurusan kejuruteraan dan tuntutan pihakpihak yang berkaitan . Pemerkasaan Akta 138 mampu dicapai sekiranya kewujudan sebuah mahkamah dan tribunal ini dilaksanakan . Perkara ini dicadangkan kerana terdapat pelbagai isu berkaitan dengan penarikan semula tauliah sebagai Jurutera Profesional sehinggakan perkara ini dipanjangkan ke peringkat mahkamah sivil . Pihak Lembaga Jurutera Malaysia perlu dipertahankan menerusi pasukan perundangan yang berpengalaman dan nasib jurutera yang didakwa perlu dipelihara agar sinergi antara pihak Lembaga Jurutera Malaysia dan jurutera akan terus terbina dengan kukuh dan sejahtera .
Penguatkuasaan perundangan kejuruteraan ini bertitik tolak daripada pemerkasaan Akta 138 yang
60 VOL 92 OCTOBER-DECEMBER 2022