segala operasi , proses , dan perjalanan sesuatu projek itu berjalan dengan lancar dan selamat . Sekiranya jurutera ini tidak berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia seperti mana yang terkandung dalam Akta 138 , adakah individu ini benar-benar layak untuk melaksanakan profesion tersebut ? Persoalan yang seterusnya adalah bagaimana sekiranya terdapat perlanggaran yang serius berkaitan dengan kod etika kerja profesional kejuruteraan dan peruntukan undangundang yang lain ?
Jika situasi ini berlaku di sektor swasta , boleh dikatakan pihak mereka tidak peka dengan kehadiran Akta 138 ini . Tetapi jika ianya melibatkan agensi dan jabatan Kerajaan , boleh dikatakan bahawa pematuhan terhadap Akta 138 ini dipandang sepi dan tidak membawa makna yang signifikan terhadap profesion kejuruteraan di Malaysia . Profesion jurutera yang ditempatkan dalam senarai perjawatan di jabatan Kerajaan pula hanya terhad kepada skop perkhidmatan teknikal sahaja dan tidak mempunyai aturan peningkatan kerjaya yang jelas sehingga menyebabkan perbezaan jurang yang sangat ketara berbanding seorang jurutera dan seorang penjawat awam yang lain dalam jabatan yang sama . Situasi ini sama sahaja sekiranya jurutera tersebut bergelar Jurutera Profesional ataupun tidak . Ianya tidak mengubah apa-apa . Oleh yang demikian , suatu usaha baru perlu dilaksanakan oleh pihak Lembaga Jurutera Malaysia . Sekiranya perkara ini tidak diatasi , dikhuatiri perjalanan jurutera dalam arus kemodenan dan pembangunan di Malaysia akan tertinggal dan terus diabaikan . Penguatkuasaan perundangan kejuruteraan mampu meningkatkan martabat dan profesion jurutera di Malaysia .
PENGUATKUASAAN PERUNDANGAN KEJURUTERAAN
Perundangan kejuruteraan adalah menjadi kunci kepada masalah yang membelenggu profesion ini . Dengan adanya kuasa perundangan yang kukuh dan telus , isu mengenai moral dan tanggungjawab jurutera dapat diselesaikan dengan tuntas dan segera . Ini juga dilihat mampu menyelesaikan masalah-masalah yang lain , termasuklah masalah hierarki perjawatan di sesebuah organisasi dan isu berkaitan dengan gaji dan pendapatan jurutera . Oleh yang demikian , satu pindaan rang undang-undang yang baharu perlu disediakan bagi menambahbaik Akta 138 ini , agar ianya akan dapat terus dijadikan sumber tunggal kepada peruntukan undang-undang yang mampu melindungi dan meningkatkan martabat profesion kejuruteraan di Malaysia . Lembaga Jurutera Malaysia harus diberikan peranan yang lebih besar dalam memastikan segala agenda yang terkandung dalam Akta 138 ini dapat dijalankan dengan efisyen . Ianya harus menjadi pusat rujukan utama bagi profesion kejuruteraan di Malaysia dalam sebarang isu yang berkaitan .
Pekerjaan jurutera pada masa kini tidak lagi diklasifikasikan kepada empat bidang utama kejuruteraan yang asal seperti kejuruteraan elektrik , kejuruteraan awam , kejuruteraan mekanikal , dan kejuruteraan kimia . Ianya telah berevolusi kepada pelbagai sub-bidang yang kemudiannya menjadikan kejuruteraan itu berkembang kepada beberapa bidang yang baharu . Dalam perkara ini , Akta 138 perlu jelas mengenai bidang-bidang kejuruteraan baharu ini yang memerlukan penelitian khusus kepada isu kelayakan di peringkat ijazah sarjana muda kejuruteraan di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara . Isu mengenai kelayakan pendaftaran bidang kejuruteraan dengan Lembaga Jurutera Malaysia menjadi faktor utama graduan kejuruteraan tidak berpeluang untuk mendaftar sebagai Jurutera Siswazah . Oleh yang demikian , untuk mengatasi permasalahan ini , Akta 138 perlu menguatkuasakan pendaftaran bidang kejuruteraan kepada beberapa bidang utama kejuruteraan yang lain sebagai contoh , kejuruteraan elektronik , kejuruteraan aeronautikal , kejuruteraan nano , dan lain-lain . Untuk permulaan , pihak Lembaga Jurutera Malaysia perlu meneliti keseluruhan kategori kejuruteraan yang ada dan meletakkan di bawah beberapa kluster kejuruteraan dan mewujudkan satu kategori kejuruteraan umum yang merangkumi sub-bidang kejuruteraan yang pelbagai . Untuk usaha ini , pihak Lembaga Jurutera Malaysia boleh bekerjasama dengan pihak Kementerian Pengajian Tinggi khusus kepada institusi pengajian tinggi yang menawarkan ijazah sarjana muda kejuruteraan . Dengan kemudahan pendaftaran sebagai Jurutera Siswazah , penguatkuasaan perundangan akan
59