ESSAY COMPETITION WINNERS
INGENIEUR BEM Convention 2022
Perundangan Kejuruteraan dan Profesionalisme Jurutera
By Ir . Gs . Ts . Hj . Mohd Rizman bin Sultan Mohd Third Place Winner
PENGENALAN
Akta 138 seperti yang terkandung dalam lembaran Buku Perundangan Malaysia merupakan satusatunya punca kuasa yang menerangkan maksud bagi seseorang individu berkelayakan dalam bidang kejuruteraan untuk melaksanakan tugasan dan memainkan peranan sebagai seorang jurutera di Malaysia . Akta 138 jelas memberikan satu peruntukan yang sah dari segi undang-undang yang boleh mengawalselia sebarang tindakan seorang yang berperanan sebagai jurutera dalam memastikan kod etika kerja sentiasa diutamakan dan diamalkan . Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan jurutera tersebut dikenakan tindakan . Akta
138 ini telah beberapa kali mengalami perubahan untuk memastikan kelancaran pelaksanaannya dan agar ianya kekal relevan bagi memperkasa Lembaga Jurutera Malaysia yang merupakan badan tunggal bagi menaungi keseluruhan jurutera di Malaysia .
Selari dengan Akta 138 , seseorang individu atau sesebuah syarikat yang ingin memberikan perkhidmatan kejuruteraan perlu mendaftarkan permohonan terlebih dahulu dengan Lembaga Jurutera Malaysia . Perkara ini merupakan langkah pertama bagi seseorang individu yang ingin menjawat jawatan sebagai seorang jurutera . Namun , seiring dengan perkembangan teknologi masa kini , terdapat perubahan yang sangat ketara dalam setiap bidang pekerjaan untuk memenuhi permintaan dan mengisi kekosongan keperluan , sehinggakan kepesatan ini jauh meninggalkan Akta 138 ini . Lebih menyedihkan , berdasarkan statistik semasa , jumlah individu yang telah berdaftar sebagai Jurutera Siswazah dengan Lembaga Jurutera Malaysia adalah seramai 169,331 orang berbanding dengan purata 50,000 orang graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan di Malaysia setiap tahun . Angka ini jelas menunjukkan bahawa pendaftaran graduan bidang kejuruteraan sebagai Jurutera Siswazah amatlah rendah dan mendukacitakan . Keadaan ini menjadi semakin parah apabila terdapat syarikat menawarkan pekerjaan sebagai jurutera tanpa meletakkan syarat asas iaitu pendaftaran sebagai Jurutera Siswazah dengan Lembaga Jurutera Malaysia .
Situasi ini berbeza dengan perjawatan profesional yang lain seperti doktor perubatan , arkitek , juruukur , peguam , dan lain-lain . Seorang doktor misalnya perlu menamatkan pengajian sebagai pelajar perubatan , menjalani amali praktikal selama beberapa tempoh , dan kemudiannya boleh melaksanakan tugas sebagai doktor setelah mendapat kelulusan daripada Majlis Perubatan Malaysia . Namun , untuk menjadi seorang jurutera , cukup sekadar mempunyai ijazah sarjana muda kejuruteraan dan boleh menjawat jawatan sebagai jurutera samaada di sektor awam mahupun di sektor swasta . Tidak dinafikan profesion jurutera merupakan bidang tugas yang sama penting dengan perjawatan profesional yang lain kerana juruteralah individu yang bertanggungjawab dalam memastikan
58 VOL 92 OCTOBER-DECEMBER 2022