Penguatkuasaan perundangan kejuruteraan dan pembinaan profesionalisme jurutera yang bertitik tolak daripada Akta 138 ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya .
jabatan membolehkan mereka berhijrah untuk menimba ilmu dan pengalaman baharu yang seterusnya dapat meningkatkan kualiti kendiri sebagai persediaan menjadi seorang Jurutera Profesional . Jurutera yang bekerja di tapak projek perlu mematuhi piawaian kawalan keselamatan untuk memastikan tiada sebarang permasalahan yang berlaku . Dengan wujudnya sinergi antara pihak Lembaga Jurutera Malaysia , pihak majikan , dan jurutera tersebut , permasalahan ini akan dapat diselesaikan dengan cepat dan efisyen . Ini termasuklah mengenai isu yang seringkali muncul iaitu bayaran perkhidmatan jurutera perunding . Pihak Lembaga Jurutera Malaysia perlu tegas dalam isu ini dengan menyediakan jadual kadar bayaran piawaian dan memastikan ianya sentiasa dipatuhi . Ini bukan sahaja membantu dari sudut kos kewangan tetapi juga menjamin kebajikan jurutera perunding secara keseluruhannya .
PENUTUP
Jurutera merupakan satu jawatan yang tersenarai dalam kumpulan pengurusan dan profesional dan dianggap mempunyai kelas yang tersendiri seiring dengan profesional seperti doktor , peguam , pensyarah dan lain-lain . Namun , penguatkuasaan dan pematuhan kepada satu-satunya peruntukan undang-undang kejuruteraan di Malaysia iaitu
Akta 138 boleh dianggap sebagai tidak berkesan . Ini menyukarkan pihak Lembaga Jurutera Malaysia untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam memastikan pematuhan terhadap Akta 138 ini . Penguatkuasaan perundangan kejuruteraan dan pembinaan profesionalisme jurutera yang bertitik tolak daripada Akta 138 ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya . Martabat profesion jurutera mampu ditingkatkan sekiranya terdapat satu penguatkuasaan perundangan yang menyeluruh dan berkesan dilaksanakan .
SUMBER RUJUKAN
Laporan Statistik Pendaftaran dengan Lembaga Jurutera Malaysia , diakses melalui : https ://
www . bem . gov . my
Laporan Pengesanan Graduan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia , diakses melalui : https ://
www . mohe . gov . my
Akta Pendaftaran Jurutera [ Akta 138 ], Buku Perlembagaan Persekutuan ( Kemaskini sehingga 1hb . Mac 2022 ), International Law Book Services .
Dokumen Peraturan-Peraturan Pendaftaran Jurutera 1990 , diakses melalui : https ://
www . bem . gov . my
Jurutera Miskin , Akhbar Utusan Malaysia , 28hb . Oktober 2021
63