Elken Club Vol 11/12 2018 BM EC11-12_Low | Page 18

RUMAH BAGAIMANA MEMASTIKAN RUMAH ANDA BERSIH DAN KEMAS Sekiranya anda membersihkan rumah anda dengan kerap, anda tidak perlu bimbang jika tetamu tiba-tiba muncul atau kelam kabut membersihkannya sebelum musim perayaan. Tidak tahu bagaimana dan di mana untuk bermula? Setiap item isi rumah mempunyai jadual pembersihan yang berbeza. Ikuti panduan ini apabila hendak membersihkannya, bagi menjadikan rumah anda bersih dan kemas. SEKALI SEHARI SEKALI SEMINGGU Permukaan meja/kabinet dapur Tirai pancuran Sebagai peraturan, anda perlu mengelap permukaan meja dapur apabila anda menggunakannya untuk mengelakkan kekotoran. Permukaan meja jenis granit perlu dibersihkan dengan kain lembap menggunakan pembersih batu pH- neutral, manakala jenis keluli tahan karat memerlukan penyental lembut. Jubin boleh dilap dengan kain lembut yang direndam dalam cecair pencuci pinggan. Tirai pancuran jenis vinil dan sintetik biasanya boleh dicuci dengan mesin basuh menggunakan detergen lembut. Tarik tirai pancuran agar tertutup apabila tidak digunakan supaya air tidak terperangkap pada lipatan yang boleh menyebabkan bakteria berkumpul. Petua: Hilangkan percikan dan kotoran dengan formula mudah bilas Smartkleen Concentrated Dish Cleaner dengan bahan penyingkir minyak dan gris yang hebat. Petua: Smartkleen Concentrated Liquid Laundry Detergent adalah mesra warna dan menggunakan tindakan tri-enzim (protease, lipase, dan amilase) untuk membunuh 99.9% kuman dan menyingkirkan kotoran tanpa menggunakan bahan kimia kaustik. Botol air Tuala Mandi dan tuala tangan Botol air merupakan tempat pembiakan yang sempurna untuk bakteria, kerana tangan yang anda gunakan untuk membuka dan menutup botol air mengandungi peluh, kotoran dan daki. Basuh botol minuman anda di dalam mesin pencuci pinggan mangkuk pada suhu yang tinggi untuk menghilangkan kuman dan bakteria. Tuala bukanlah sebersih yang anda sangkakan walaupun anda hanya menggunakannya untuk mengeringkan badan selepas mandi. Berjuta-juta sel kulit mati dan kekotoran lain terkumpul pada tuala anda selepas beberapa kali digunakan. Sekiranya tuala tidak dikeringkan dengan betul, ia boleh mendatangkan bau hapak. Jangan gunakan tuala tangan pada wajah anda atau berkongsi tuala mandi anda dengan orang lain kerana ini boleh menyebabkan bakteria dan kuman tersebar. Jika ramai orang menggunakan tuala tangan anda, basuh tuala tersebut setiap tiga hari. Petua: Singkirkan bakteria dan kulat biasa yang terdapat pada botol air anda dengan Biosafe Plasma Detoxifier yang menawarkan 99.9% pensterilan. 18 ELKEN CLUB • 11/12 2018 Petua: Mencuci tuala anda dengan Smartkleen Concentrated Fabric Softener dapat menghasilkan tuala yang lebih lembut dan berbau lebih segar.