Elken Club Vol 11/12 2018 BM EC11-12_Low | Page 19

DUA KALI SEBULAN SETIAP TIGA BULAN Cadar Langsir Bakteria, minyak, dan kotoran daripada sarung bantal mudah dipindahkan ke wajah anda apabila anda tidur. Syampu dan perapi juga boleh meninggalkan sisa di atas cadar dan sarung bantal anda. Bagi mengelakkan jerawat, keradangan, dan kerengsaan, tukar dan cuci cadar anda setiap dua minggu. Juga, jangan lupa untuk memvakum tilam anda bagi mengelakkan hama dan habuk daripada terkumpul. Kebanyakan langsir boleh dicuci dengan mesin basuh, tetapi pastikan terlebih dahulu kerana beberapa fabrik perlu dicuci kering. Petua: Smartkleen Concentrated Laundry Powder menggunakan tindakan dwi-enzim (protease dan lipase) untuk menyingkirkan kesan degil dengan berkesan sambil mengekalkan warna fabrik anda. Petua: Rendam langsir anda dengan Smartkleen Laundry Booster yang melepaskan oksigen apabila dilarutkan di dalam air untuk ‘menanggalkan’ kotoran degil. Peti sejuk Bekukan atau buang barang-barang makanan yang mudah rosak (buah-buahan, sayur-sayuran, daging, dan tenusu) yang tidak habis dimakan kerana makanan yang tercemar boleh menyebarkan jangkitan yang serius. Sekali setiap tiga bulan, buang makanan yang telah tamat tempoh, keluarkan semua benda daripada peti sejuk anda dan lap bahagian dalamnya dengan kain lembap. Petua: Jadikan buah-buahan dan sayuran segar lebih lama dengan Biosafe Plasma Detoxifier, yang menggunakan teknologi plasma yang dipatenkan untuk menguraikan racun perosak dan racun herba dalam beberapa minit. ELKEN CLUB • 11/12 2018 19