Elken Club Vol 11/12 2018 BM EC11-12_Low | Page 11

H A K I K AT YA N G PA H I T G UL A D AN O BESI T I Pada tahun 2016, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa 1.9 bilion orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan, dengan 650 juta adalah obes. Ini bersamaan dengan 13% daripada penduduk dewasa dunia. Jika trend baru ini berterusan, dianggarkan akan terdapat 2.16 bilion individu yang dikelaskan sebagai mempunyai berat badan berlebihan dan 1.12 bilion sebagai obes pada 2030. APA YAN G D I LA KUKA N N YA K EPA DA B AD A N A N DA Minum minuman manis atau makan makanan tinggi gula dan makanan tinggi karbohidrat akan menaikkan gula darah anda, yang melepaskan insulin ke dalam badan anda. Apabila paras insulin meningkat, paras glukosa akan rendah menyebabkan anda menjadi lapar dan makan dengan banyak. Gula (sukrosa) mengandungi dua molekul: glukosa dan fruktosa. Glukosa dihasilkan oleh badan untuk tenaga dan merupakan bahagian penting daripada metabolisme kita. Sebaliknya, fruktosa, tidak dihasilkan oleh badan dan dimetabolisme oleh hati di mana ia ditukar menjadi lemak. Fruktosa boleh menyebabkan rintangan insulin, yang meningkatkan pemendapan lemak ke dalam sel-sel lemak. Fruktosa juga tidak membuatkan anda merasa kenyang selepas makan, yang menyebabkan kepada peningkatan pengambilan makanan. Jangan tertipu dengan istilah pemasaran yang melabelkan gula dengan nama lain. Gula boleh muncul pada label makanan dan minuman di bawah nama-nama berikut: sirap jagung fruktosa tinggi, sirap beras perang, malt barli, gula perang, gula tebu, jus tebu sejat, dekstrin, dekstrosa dan pemanis fruktosa. Istilah ‘tiada tambahan gula’ bermakna pekatan jus buah yang manis digunakan, dan itu pada dasarnya adalah gula tinggi fruktosa. Gula yang didapati daripada tumbuhan seperti nektar agave dan sirap maple juga tinggi dalam fruktosa. Mitos lain berkaitan gula termasuk: MITOS 01 MITOS 02 MITOS 03 SEBILANGAN GULA LEBIH BAIK DARIPADA YANG LAIN FAKTA: Semua jenis gula mempunyai kesan yang sama kepada badan anda. Gula perang dan madu sama berbahaya seperti gula putih kerana ia akhirnya terurai menjadi glukosa. PEMANIS TIRUAN LEBIH BAIK DARIPADA GULA FAKTA: Sesetengah pemanis tiruan sama bahayanya dengan gula walaupun ia mengandungi kurang kalori berbanding gula. Satu kajian yang diterbitkan oleh Persatuan Diabetes Amerika mendapati bahawa peminum soda diet lebih cenderung untuk menghidap diabetes berbanding peminum soda bukan diet. GULA MENYEBABKAN KETAGIHAN FAKTA: Otak kita bertindak terhadap glukosa sebagai bahan bakar tetapi bukan sepertimana otak bertindak balas terhadap dadah, tidak mengambil gula tidak akan menghasilkan simptom penarikan. Tiada bukti kukuh untuk mengaitkan makanan bergula menyebabkan kebergantungan (ketagihan) kepada makanan. ELKEN CLUB • 11/12 2018 11