Elken Club Vol 11/12 2018 BM EC11-12_Low | Page 10

RENCANA n a i s M T ETAP I BERTOKSIK Oh gula! Kau sungguh sedap tetapi sangat tidak baik untuk badan. Tetapi tunggu dulu, adakah semua gula tidak baik atau gula yang tertentu sahaja? Inilah yang anda perlu tahu tentang bahan kontroversi ini. Gula semula jadi yang terdapat dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan produk tenusu merupakan sebahagian daripada diet yang sihat kerana ia menyediakan tubuh dengan tenaga. Tetapi jika pengambilan gula melebihi pengambilan harian 25g yang disyorkan, ini menjadikan kita berisiko untuk mendapat penyakit, masalah kesihatan, dan juga kemurungan. Mengapa terlalu banyak gula tidak baik untuk anda? 1. IA PADAT DENGAN KALORI Anda boleh mengambil banyak gula dalam minuman ringan dan semua jenis makanan tanpa menyedari bahawa anda sedang mengumpul kalori. 2. IA MENGGANTIKAN MAKANAN BERKHASIAT Jika anda mendapat terlalu banyak kalori daripada makanan dan minuman bergula, anda mungkin tidak mendapat serat, vitamin dan mineral yang mencukupi. 3. IA MENINGKATKAN GULA DARAH DAN TRIGLISERIDA 10 ELKEN CLUB • 11/12 2018 Berat badan yang disebabkan oleh makanan yang kaya dengan gula telah dikaitkan dengan trigliserida yang tinggi dan berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung dan diabetes.