RENCANA
M ENGAPA
Gula
Berlebihan
UNTUK DIR
K
I
A
B
I AN
K
A
DA
D
I
T
Bersempena dengan Hari Diabetes Sedunia (14 November), kami mengkaji
dengan mendalam tentang bagaimana pengambilan gula yang berlebihan boleh
meningkatkan berat badan dan mempercepatkan penuaan.
Pada tahun 2016, Persatuan Pengguna Pulau Pinang melaporkan bahawa rakyat
Malaysia mengambil sehingga 29 sudu teh gula setiap hari, menjadikan mereka
pengguna gula ke-8 terbesar di dunia. Pada tahun 2015, jumlah bilangan penghidap
diabetes di Malaysia adalah lebih tinggi daripada purata penghidap di dunia, dengan
3.3 juta rakyat Malaysia dilaporkan menghidapi diabetes.
Pengambilan gula yang berlebihan mempunyai banyak kesan negatif terhadap
kesihatan dengan peningkatan risiko obesiti hingga kepada penyakit jantung,
diabetes, kerosakan gigi, kekurangan kromium dan penuaan kulit. Buka muka surat
seterusnya untuk mengetahui bagaimana anda boleh mengurangkan pengambilan
gula agar menjadi lebih sihat dan kelihatan lebih baik.
Rujukan: https://consumer.org.my/?s=sugar+and+malaysians
ELKEN CLUB • 11/12 2018
09