EDUREACH GCE O Level Assesment Papers | Page 5

Latihan Efektif Bahasa Melayu Untuk Peringkat ‘O’ Latihan Imbuhan 1 Soalan A1 (10 Markah) Arahan: Dalam petikan karangan di bawah ini terdapat lima patah perkataan yang telah digarisi. Bubuh imbuhan yang paling sesuai pada setiap perkataan. Tulis jawapan kamu di bawah. Jika ada perubahan atau kemajuan dalam (1) usaha atau perniagaan teknologi komunikasi, si pengguna akan diseru supaya mengikuti kemajuan itu agar tidak ketinggalan zaman. Ini bererti si pengguna akan terus (2) belanja membeli teknologi tersebut dari masa ke semasa. Telefon tetap telefon, untuk (3) mungkin komunikasi, tetapi teknologi berupaya (4) ubah daya telefon itu dari alat yang menggunakan wayar kepada telefon bimbit yang tidak menggunakan wayar. Teknologi boleh menukar fungsi asas telefon dan kini telefon bimbit membolehkan pengguna berkomunikasi melalui sistem (5) pesan ringkas, mengambil dan mengirim gambar, video serta suara dan sebagainya. 1. ___________________ 2. ___________________ 3. ___________________ 4. ___________________ 5. ___________________ 3