EDUREACH GCE O Level Assesment Papers | Page 6

Latihan Efektif Bahasa Melayu Untuk Peringkat ‘ O ’
Latihan Peribahasa 1 Soalan A2 ( 10 Markah )
Arahan :
Pilih peribahasa yang sesuai daripada senarai yang diberikan di bawah ini untuk melengkapkan jalan cerita petikan karangan . Kemudian , tulis huruf jawapan pilihan kamu di bawah .
( A )
membuang garam ke laut
( B )
besar kapal , besar gelombang
( C )
burung terbang dipipiskan lada
( D )
tak lekang dek panas , tak lapuk dek hujan
( E )
belum disuruh sudah pergi , belum dipanggil sudah datang
( F )
biduk lalu kiambang bertaut
( G )
berapa berat mata memandang , berat lagi bahu memikul
( H )
alah bisa tegal biasa
( I )
seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul
( J )
bagaimana bunyi gendang , begitulah tarinya
Sejak menjadi anak yatim , Azmi semakin insaf akan keadaan hidupnya . Dia meneruskan persekolahannya dengan wang peninggalan orang tuanya dan menumpang di rumah pak ciknya . Nasihat orang tuanya masih diingat sehingga kini kerana kata-kata itu akan sentiasa relevan untuk hidupnya bak kata pepatah ( 1 )_____________________________
Azmi pandai membawa diri . Dia suka membantu , baik di rumah mahupun di kedai pak ciknya justeru boleh dikatakan bahawa dia ( 2 )_______________________________. Sesekali Azmi terkenangkan orang tuanya dan masa silamnya bersama mereka . Dalam kesibukannya di sekolah dan membantu di kedai pak ciknya serta pelbagai cabarannya yang dihadapinya sebagai seorang remaja , Azmi kadangkala terasa semacam kesepian yang tidak tertanggung kerana ( 3 )______________________________.
Namun , Azmi bersyukur dan semakin memahami keadaan kehidupan pak ciknya . Dia faham mengendalikan perniagaan bukanlah kerja yang mudah dan Azmi mengagumi ketabahan pak ciknya mengharungi dugaan dunia perniagaan . Dugaan itu datang bersama perniagaan yang semakin meningkat , menyetujui pandangan bahawa ( 4 ) ______________________________.
Pak ciknya rajin berusaha dan banyak menunjuk ajar Azmi mengenai kehidupan dan dunia perniagaan . Orangnya jujur dan dia sekeluarga mengambil berat terhadap kebajikan Azmi . Tingkah laku pak ciknya bertentangan dengan pepatah ( 5 )___________________________ kerana dia merupakan sumber contoh teladan untuk kehidupan Azmi .
1 . ( ) 2 . ( ) 3 . ( ) 4 . ( ) 5 . ( )
4