EDUREACH GCE O Level Assesment Papers | Page 4

Latihan Efektif Bahasa Melayu Untuk Peringkat ‘O’ 2. Baca maklumat yang berikut. Berdasarkan butir-butir yang diberikan, tuliskan e-mel yang sesuai. Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru yang sangat meriah. Ia lebih bermakna kerana ini sambutan terakhir untuk Puan Mary yang telah menjadi guru selama 40 tahun. Puan Mary akan bersara pada akhir tahun ini dan telah membantu ramai murid yang kurang berkemampuan. Sehingga ke hari ini, pada setiap Hari Guru, murid-muridnya akan datang untuk meraikan Puan Mary. Pada tahun ini, sekumpulan murid beliau telah membelikan pakej percutian untuk beliau dan suaminya. Tuliskan e-mel kepada Majalah Pelajar Budiman untuk melaporkan sambutan tersebut. Kamu dikehendaki menggunakan alamat e-mel berikut: Alamat pengirim : [email protected] atau [email protected] Alamat penerima: [email protected] Kertas 1: Bahagian B (40 markah) Arahan: Tulis sebuah karangan dengan menggunakan sekurang-kurangnya 240 patah perkataan mengenai satu daripada tajuk-tajuk yang berikut. 3. Kamu telah menyaksikan satu kemalangan di sebatang lebuhraya. Ceritakan pengalaman dan perasaan kamu ketika berada di tempat kejadian itu. 4. Sarankan penggunaan telefon bimbit yang bijak dalam kalangan remaja. 5. Tuliskan sebuah cerita tentang pentingnya sifat kejiranan yang positif. 2