EDUREACH GCE O Level Assesment Papers | Page 3

Latihan Efektif Bahasa Melayu Untuk Peringkat ‘O’ Latihan 1 Kertas 1: Bahagian A (20 markah) Arahan: Tulis e-mel yang panjangnya tidak kurang daripada 120 patah perkataan berdasarkan satu daripada soalan-soalan yang berikut. 1. Kamu baru sahaja menerima e-mel daripada seorang rakan yang baru berpindah ke Malaysia. Baca e-mel itu dan berikan respons kamu terhadap perkara-perkara yang terkandung dalam e-mel tersebut. Daripada Kepada Tarikh Subjek [email protected] [email protected] 1 Mei 2017 Bercuti bersama-sama Saiful, Apa khabar? Saya harap awak dan keluarga dalam keadaan sihat. Saya sudah mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Nilai. Pada mulanya, saya berasa tersingkir kerana saya tidak fasih berbahasa Melayu. Sekarang, saya sudah dapat menyesuaikan diri. Saya amat merindukan awak dan rakan-rakan kita yang lain. Bagaimana dengan rancangan kita untuk cuti bersama? Saya sangat berharap awak dan kawan-kawan yang lain dapat ke sini. Ibu saya akan menghubungi ibu-bapa awak untuk mendapatkan persetujuan mereka. Sila berikan butir-butir seperti nombor telefon, alamat e- mel dan alamat rumah awak. Saya tidak sabar untuk menghabiskan musim cuti kali ini dengan awak dan kawan-kawan yang lain. Saya mengharapkan jawapan yang positif daripada awak. Yang benar, Fahmi 1